Wednesday, 14 December 2011

Istiqamah

" Ya Rabb Jadikan Kami Sentiasa Beristiqamah Kepada Jalan-MU"

Istqamah dalam perjuangan

Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat.  Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.


Firman Allah Taala:

(Surah Yusof ' Ayat 87)

Ertinya: 

"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"

Antara halangan untuk kita beristiqamah adalah seperti berikut :


1.Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.

2.Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.

3.Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.

4.Halangan wang atau kebendaan.

Apa Yang Pelu Kita Buat :

1. Kuatkan azam

2.  Berusaha dengan   tetap dan bersungguh-   sungguh.

3.  Tidak patah semangat.

4.  Tidak kecewa dan putus asa.

5.  Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.

6.  Sentiasa berfikir.

7.  Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

8.   Bertawakal dan bersyukur.



Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW:

"Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu."

Beliau SAW menjawab:

"Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)." - ( HR Muslim )*


Petikan Dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7682.0

No comments:

Post a Comment