Friday 28 December 2012

Impian 2013

Assalamualaikum Wbt...
Alhamdulillah..kita sudah dipenghujung tahun 2012..pasti banyak kenangan pahit dan manis yang sudah ditempuhi...apa-apa pun semuanya sudah tertulis oleh maha pencipta....redha dengan ketentuanNYA...InsyaALLAH pasti ade ganjaran disebalik semua kejadian.. :)

Er.Ling.Yi.San...pantas masa berlalu...dah setahun cik penulis menjadi pendidik di bumi kenyalang.. >rezeki ALLAH yang bagi..alhamdulillah< rerasa impian 2012 ( http://celoteh-dira-arzmi.blogspot.com/2011/12/impian-duaribuduabelas.html ) yang lepas banyak lagi yang tidak tercapai...takpe..kita carry forward ke tahun depan 2013..insyaALLAH kalau diizinkanNYA.. :-) Mana impian yang tercapai...cik penulis panjatkan kesyukuran kepadaNYA atas segala limpah hidayah dan rezeki dariNYA..Alhamdulillah.. :-)

Lagi 2 hari kita akan menjengah ambang tahun 2013...alhamdulillah kita sebagai makhluk ALLAH pasti bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNYA kepada kita..Pasti yang terbaik buat semua umatNYA...Amin...

Jadi, untuk impian 2013 ni adalah satu,dua perkara yanng penting untuk cik penulis capaikan..insyaALLAH... >BERHARAP<

1. Mantapkan kerjaya


2. Tolong ibu,Bapa&keluarga tercinta


3.  Pasangan Hidup (mendirikan rumahtangga) - Doa Kalian Amat diperlukan.. :-)




4. Nak beli tempat berlindung (Kalau tak lepas kena lah tunggu next year 2014 plak)


5. Nak capaikan impian mak & abah saya ke tanah suci makkah..(insyaALLAH)

** Rasa macam banyaklah pulak impian 2013 ni....pasti mencabar....moga-moga ALLAH SWT permudahkan segala urusanku untuk menempuh hari-hari yang mendatang....insyaALLAH..Amin Ya Rabbal Al-Amin.. ;-)

Homestay NurGuestHouse Dungun


Assalamualaikum Wbt...Tetiba rajin nak mengHapdate Blog ni... :-) Just nak share dengan blogger je...homestay NurGuestHouse yang menajdi pilihan kami sekeluarga ketika bercuti di Dungun last week...Rumah yang sangat selesa yang dilengkapi dengan perabot, 3 bilik tidur (master bedroom ada aircond,2 bilik menggunakan kipas), televisyen,Rice cooker, heater, car park yang selamat etc...Nyaman! Rumah mengadap pantai! berdekatan dengan UiTM Dungun.. :) Lovely....angin Sepoi-Sepoi Bahasa...

Jadi, Bagi sesiapa yang nak pergi bercuti di Dungun dan perlukan penginapan yang selesa...jangan segan silu PM saya...InsyaALLAH saya bleh bagi No.Fon Owner rumah ni...:-)


 Meja Makan

 Set minuman + rice cooker

 View dapur...

 Kabinet+peti sejuk

 Bilik 3

 Bilik 2

Master bedroom


* Cantik kan?jangan risau owner dia pun ok....boleh nego harga..InsyaALLAH :-)

Wednesday 26 December 2012

Ganu Kiter

Assalamualaikum Wbt, 
lamak sudah kamek sik molah blog bulan tok....
>tetiba ubah loghat sarawak< 
biasalah amik mood nak kelik sibuu.... :-)
Saja nak share dengan blogger sekalian, last week cik penulis jalang-jalang ke ganuuu....bestt ooo !! walaupun cuaca yang tidak memberangsangkan tapi kami gagahkan jua....yela hujan kan satu rahmat dariNYA....bersyukur 
>Alhamdulillah<
Cuti-cuti bersama keluarga terchentaa..walaupun terkilan sebab abang & adik tak dapat joint trip ni..tapi takpe masih lagi meriah.. :-)

Jenguk-jenguk lah pictures kat bawah ni.....

 Tepi Pantai...Dungun

 Adik saya Lukkmaaanggggg...Pasar Payang

 Abang Ngah Saya & Cummaaiiii...Pasar Payang

 Mak Saya *-*...Masjid Kristal

 HUjan Rahmat...

 Snap Dari dalam kereta...masjid kristal

 Hujan Lebat... :-)

Ahli keluarga yang dapat joint...

InsyaALLAH kalau dipermurahkan rezeki kami lagi tahun depan kita plan next trip lagi ye...insyaALLAh amin ya rabbal al-amin ;-)

Tuesday 18 December 2012

Tersenyum Melihat Langit



“Kadang-kadang,

Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya.

Kita merasa,
Dia selalu bahagia.
Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada.
Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.
Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai2 kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.
Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain,
Kadang-kadang,
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan.
Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan.
DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA"

(via tersenyum-melihat-langit)

Wednesday 12 December 2012

Pernah

Penat.
Aku tahu dia penat.
Lihat saja wajahnya. Lelah.
Semalam saja dalam tangisnya dia menadah,
Katanya,
Tuhan, jalan ini tolong bagi mudah,
Kerana dia hampir putus asa. Rebah.
Bila-bila masa dia boleh rebah,
Tapi dia memilih untuk gagah. Kecewa,
Dia memang pernah kecewa,
Dia pernah luka,
Dia pernah merasa lara. Dia mahu sang pendusta mengubat lukanya,
Dia mahu sang petualang merawat laranya,
Dia mahu kepingan hatinya yang hancur disatukan,
Menjadi sekeping hati yang sempurna punya rasa. Tapi dia tahu, Itu tugas Tuhan semata,
Maka segala lara, segala duka kecewanya,
Semuanya dihamburkan pada Tuhannya. Kerana dia tahu penat, lelah, kecewa dan lukanya,
Penawarnya cuma Dia. Lalu,
Dia terus bertahan agar tidak rebah,
Dia memilih untuk terus tabah,
Hatinya kini milik ALLAH semata. Puisi untuk kita yang memilih untuk gagah...



✿ Words of a Heart ✿: Dia memilih untuk tabah.  (via tersenyum-melihat-langit)


Thursday 6 December 2012

Berharap...


 Bissmillahirrahmannirrahim....

Sekiranya kita cinta kepada manusia tak semestinya manusia cinta kepada kita,
jika kita cinta kepada ALLAH, 
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya, 
sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang kita cintai tetapi sekiranya kita cinta pada ALLAH kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH jua..

Ya ALLAH andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-MU dan campakkanlah dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-MU namun andai dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku, Berikan ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang KAU beri padaku..

Ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-MU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU..

Ya MUHAIMIN,
jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-MU 

Ya RABBANA, 
jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada-MU..

Ya RABBUL IZZATI,
jika aku rindu, jagalah rinduku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU..

Ya ALLAH, 
jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku dari merindui syurga-MU..

Ya ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasih-MU janganlah kenikmatan itu melebihi kenikamatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU..

Ya ALLAH, jika aku jatuh hati kepada kekasih-MU, 
janganlah biarkan aku tertatih dan jatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU..

Ya ALLAH, jika kau halalkanku merindui kekasih-MU jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-MU.

Amin Ya Rabbal Al-Amin... :)

Bakal Imamku Kelak







Waktu yang paling getir ialah waktu kita tertanya-tanya siapakah dia yang bakal menjadi pasangan hidup kita, pasangan kita di Syurga.. bersabarlah wahai teman, masanya kan tiba… Allah sedang menguji kita, adakah kita benar sudah bersedia untuk menjadi imam dan bidadari mereka..”


InsyaALLAH..... :)

Wednesday 5 December 2012

RounDa BiNTuLu

Salam Semua Blogger... :)
Orite rasa dah bersawang blog ni lama tak update news terbaru...al-maklum lah tengah mabuk bercuti..hehehe bukan mabuk bercinta ok.... >Dalam hati ada taman< :)

Saja nak share percutian cik penulis ke Bintulu, Sarawak..Best ! ! !
Lepas Raya aritu pakat dengan cikgu-cikgu single >yang masih belum berkahwin lagi< hehehehe...yang lain pergi bercuti di bintulu...havoc ! ! !

Tersangatlah release tension kami....jauh dari kelas, dokumen, buku, pentaksiran dan sama waktu dengannya...hehehe So, apa-apa pun kalian boleh lah menatap gambar kami  yang tak seberapa indah ni..tapi bintulu tu indah ok ! ! !... :) pantey tok nyaman.....






InsyaALLAH kalau diizinkan ALLAH SWT nak Merayap-rayap lagi lepas ni...tu pun kalau dipermurahkan rezeki...insyaALLAH amin.... :) >Rezeki jodoh sekali ek....hehehe <

Wednesday 21 November 2012

Sedang Pipit Menangis

Sedang kita rasa bahagia, datanglah dugaan yang kita harus harungi...Dugaan yang terbaik untuk kita adalah rencana ALLAH SWT......

Kadang-Kadang kita lemah untuk harungi seorang diri tapi jangan kita lalai ALLAH SWT sentiasa ada disisi kita....DIA tidak jemu-jemu mendengar doa kita tidak kiralah kita dalam kegembiraan mahupun kesempitan...InsyaALLAH.. 

Moga apa yang kita doa, apa yang kita pohon ALLAH SWT akan makbulkan...ianya adalah rencana ALLAH SWT yang terbaik untuk umatNYA...

Ajal, Maut, Rezeki dan Jodoh semua telah tertulis...Cuma Masa Yang Menetukannya..InsyaALLAH :)

Saturday 15 September 2012

Selamat Hari Malaysia

Salam 1 Malaysia dan Selamat Hari Malaysia...Tetiba Rasa Patriotik Pulak... ^-^

Yeaayyy!!! Holiday Time!!!! boleh rileks-rileks kat Rumah Tapi Saya Kena Bertugas...huhuhu Bawak Anak-Anak Murid Pergi Majlis Pecah Tanah Kolej Universiti Teknologi Sarawak...Dasyat Je Bunyi Nye...Pecah Tanah?? hehehe Excited + Teruja Pulak Rasa mana Tak Nya, Perdana Menteri Malaysia Mai Datang Untuk Rasmikan Majlis Pecah Tanah Ni....Terkesima jap Tengok Beliau Secara Live... hehe *-*

 PM Sedang Memebri Sepatah Dua Kata....

 Bersama VVIP's Yang Lain..

 Oooo....Bawak Anak Murid Tengok PM Dekat-Dekat 
(Puas Hati Dapat Bersalaman Dengan Beliau)


Cenderahati Dari Ketua Menteri Sarawak Untuk PM Malaysia....

* Bila Attend Majlis-Majlis Macamni Rasa Lebih Patriotik Pulak Dalam Diri....hehehe

Monday 10 September 2012

Kau Yang Terindah

Lirik Lagu Kau Yang Terindah – Alyah
Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora
Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya
Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Saturday 8 September 2012

ALLAH SWT Maha Mengetahui

❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤ ❤ 
{:-)≈ ï·² INSYA ALLAH ï·² (<:-) ❤ ::


✿~ BERKAWAN dengan orang lain. 
✿~ BERCINTA dengan orang lain.
 ✿~ BERKAHWIN dengan orang lain. 
✿~ Sering terjadi, sebab JODOH ITU RAHSIA ALLAH SWT ~~ 
♥ ~ Jika TAKDIR ALLAH SWT menentukan yang kita bukan dengan dirinya, kita TIDAK AKAN bersama... dengannya.. tetapi jika ALLAH SWT telah menulis jodoh kita dengannya, kita TETAP akan bersama dengannya walaupun JAUH TERPISAH..
♥~MAKA PERSIAPKAN DIRI DENGAN PERBAIKI DIRI SERTA KELEMAHAN KITA DAHULU SEBELUM MENCARI CINTA INSANI~~ KEJARLAH CINTA ILAHI SEBELUM MENDAMBAKAN CINTA DARI INSANI~♥


                                      ☻
/\ /
 ||.||. 

❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤•*´¨`*•.¸❤¸.•*´¨`*•❤ ❤ 
{:-)≈ ï·² INSYA ALLAH ï·² (<:-) ❤ ::

Saturday 1 September 2012

Friday 27 July 2012

:: EnamBulanSudah ::

Alhamdulillah, diam tak diam sudah 6 bulan saya disini,
Rasa macam dah 6tahun je rasa..hehehe walaupun berjauhan alhamdulilah saya dapat menabahkan diri saya dah belajar mengKENtALkan diri saya dengan berfikiran positif... ^-^ (Ini pun dari doa-doa anda semua yang mengenali diri saya-thanks ea...love u alls moreeee!!)
 Banyak juga perkara yang saya belajar di sekolah ni..semua baik-baik belaka....anak-anak murid pun hebat-hebat..(walaupun ada sorang dua yang tak makan saman) jadi redha jela....Ni namanya rezeki dari ALLAH SWT...siapa tahu kan.....rencanaNYA...Sangat sistematik...kekadang saya terfikir, saya perlu bersyukur dengan apa yang ada didepan mata saya sekarang ni....
kerjaya
rezeki
keluarga
saudara mara
dan
cinta....
Sangat teratur rencanaNYA....Alhamdulillah...
Semoga dengan apa yang direncanakan olehNYA, saya dapat belajar erti redha dan pasrah..insyaALLAH..amin..

Inilah dia permata hati saya di SMVSibu... 

* Moga saya tabah disini.....amin

Sunday 24 June 2012

Adakah Itu "Bayangan" Dia?

"Bayangan" yang lamaku menunggu,
Akhirnya hadir jua....
Hadir membawa satu sinar yang mungkin membawa aku ke situ...
Moga dengan hadirnya akan membawa seribu satu kemanisan dalam hidupku..
Aku percaya ALLAH SWT maha mengetahui segala-galanya..
DIA layak merencanakan hal hidupku...
Aku redha da pasrahkan diriku padaNYA....
InsyaALLAH, moga "bayangan" itu akan menjadi realiti dalam kisah hidupku.
Amin ya rabbal al-ami.. ^-^

Saturday 23 June 2012

BuatKu Di Sibu....

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia


Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-buatku-di-sana-mafa-ft.html#ixzz1ybQpAUTo

Sunday 13 May 2012

PeSta KaUL, MuKaH 2012

"MUKAH 1 Mei - Pesta Kaul, acara tradisi kaum Melanau yang disambut setiap tahun akan dijadikan acara bertaraf antarabangsa yang mampu menjadi satu daripada tarikan utama pelancong ke Sarawak, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, pesta itu yang berusia hampir 1,000 tahun pada mulanya satu amalan ritual kaum Melanau sebelum kedatangan Islam dan Kristian, menghimpunkan nilai-nilai budaya dan kehidupan kaum Melanau yang banyak bergantung kepada aktiviti menangkap ikan di laut"


Salam Blogger,
Just nak share aktiviti yang Cik penulis sertai iaitu pesta kaul mukah 2012. Pesta ni ada kat sarawak je. Sangat meriah dan teruja! pelbagai budaya dan cara hidup orang melanau yang kita dapat dekati dari segi aktiviti harian mereka, pakaian, dialek bahasa dan yang penting sekali makanan mereka. Sangat unik dan nyaman. :-)













Sunday 19 February 2012

SebuLaN DaH...

Sibu?? Bila fikir balik macam tak percaya je cik penulis dok mencari rezeki kat sibu...huhuhu tapi itu dah tertuliskan di lahul mahfudz...SIBU TEMPAT AKU MENCARI REZEKI... :-)

Alhamdulillah, diam tak diam dah sebulan dah cik penulis kat bandar sibu nie.16 Jan 2012...semua berjalan dengan lancar. Hope, lepas ni pun masih berjalan dengan lancar jugak lah...walaupun keluarga & insan tersayang jauh disemenanjung.. ^-^ (Cinta tanpa sempadan) hehehe

Cuti sekolah bulan 3 nie..macam nak balik...huhu by this week nak beli tiket juga...Omaakkk saya mau balit!!!!  insyaALLAH moga dipermudahkan segala urusan...amin.. :-)


Jalan-jalan di bandar sibu.....Dataran sibu ;-)

Pasni cik penulis akan update cite-cite terbaru ye.....



Sunday 5 February 2012

Selawat Bersama

 5 Feb 2012 - Sambutan Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Pengukuhan Ummah"

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud:  

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]


Friday 27 January 2012

Jika Kau Ikhlas...

Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Akan Mendampingiku...


Jika Kau Ikhlas, 
Pasti Kau Akan Menyayangiku...


Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Akan Berlembut Denganku...


Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Akan Membimbingku...


Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Akan Menjagaku...


Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Mencintaiku..


Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Mencintai Keluargaku...

Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Menerimaku Seadanya..


Dan Jika Kau Ikhlas,
PASTIKAN IANYA HANYA KERANA ALLAH SWT....






~Bersama Airmata Pasti Ada Senyuman. Bersama Kesedihan Ada Kegembiraan. Bersama Cubaan Ada Anugerah. Bersama Musibah Ada Ganjaran. 
Semuanya Ialah Ketentuan Yang Pasti Dan Prinsip Hidup Yang Digariskan Oleh ALLAH SWT~

KelaHiRaN DiNaNti





Kelahiranmu dinanti segenap insan,
Sebagai simbol keberanian pewaris pejuang Rasulullah,
Sebagai simbol kekuatan membela kaum yang lemah,
Sebagai tanda perkasa melawan emosi yang membinasakan,

Namun..
Terkadang aku terasa sayu,
Mengenangkan wajah dunia yang bakal engkau corakkan,
Apakah budaya asing yang engkau banggakan???
Ataupun keegoan sebagai lambang kegagahan???

Bangunlah wahai pemimpinku,
Engkaulah dambaan pelengkap hidup ku,
Untuk ku melimpah kasih menyulam bicara,
Sebagai bahu luahan gelisah,
Sebagai penuntun ke Taman Idaman,
Engkaulah pencorak generasi ku,
Imam setiap solat ku,
Mendidik ku dengan akhlak bunga diri,

Bukan rupawan,hartawan dan cendiakawan yang ku mohonkan,
Tetapi hanya seorang lelaki yang punya harga diri,
Yang sopan bila menuturkan kata,
Lembut hatinya menerima pandangan, 
Dan merendahan hati penuh keimanan,
Biarkan mereka memandang penuh kejelikan,
Menyangka engkau dalam kekolotan,
Jauh berbeza dengan budaya yang mereka banggakan,

Biarlah...
Bagiku engkau sangat istimewa,
Kerana aku yakin..
Selagi nilai kemelayuan seiring dalam dirimu,
Nescaya benih keislaman akan terus subur dihatimu,

Namun,aku merayu padamu..
Sedarkanlah aku jika terlena dalam buaian dunia,
Ingatkan aku jika terpaut godaan manusia,
Dan bangkitkan aku dari terus dalam kejahilan dan kesesatan,

Jangan engkau membiarkan aku terus hanyut,
Tunjukkan dan arahkan ku jalan yang benar,
Jalan menuju Yang Hakiki,
Didiklah aku dengan penuh kesabaran dan keikhlasan,
Aku bukanlah seorang yang bijak berkias seindah bahasa,
Yang pandai menyulam bicara penuh kesyahduan,
Mahupun sedia terlukis keayuan,

Aku hanyalah insan biasa,
Masih punya kelemahan,
Yang mahukan engkau menjadi penyuluhku,
Dan yang sanggup menerima aku sebagai amanah Ilahi kepadamu,
Datanglah padaku dengan kesediaan,
Aku menantimu walau hingga akhir..



~MANISNYA KEKUASAAN BARU TERASA SETELAH TURUN, LAKSANA BAYI YANG BARU MERASAKAN MANISNYA MENYUSU PADA SAAT TELAH DIHENTIKAN. KEGEMBIRAAN WAKTU MENJAWAT AKAN SEGERA LENYAP DENGAN KESEDIHAN SEWAKTU DIBERHENTIKAN. 
INGATLAH, KEKUASAAN ATAU JAWATAN ITU AKAN SELALU BERPUTAR!~