Saturday 31 December 2011

.12.12.12.



>Dua Belas Disember Dua Ribu Dua Belas <

Boleh tak rasanya Cik penulis nak jadikan angka diatas sebagai kenangan yang memberikan palitan yang istimewa dalam hidup Cik penulis??

InsyaALLAH, kalau diizinkan..Walaupun masih samar-samar lagi tapi....Tidak salah kalau kita meletakkan harapan pada angka tersebut bukan?

Manatau, "tercepat" dari angka yang diidamkan...Who knows?? Pasrah je...
Dan, cik penulis tahu ini semua "Secret" dari ALLAH SWT....


~Mulakan dengan fikiran positif, pasti kesudahannya juga positif~

~PEACE~

Friday 30 December 2011

SuKa DuKa 2011

Banyak kenangan yang dirakam dalam tahun 2011..Walaupun tidak semuanya dapat Cik penulis capai tapi ianya berbaloi dan alhamdulillah Cik penulis mampu lagi tersenyum.... :) 

Segala suka dan duka akan Cik penulis kongsinkan dengan pembaca Blogger sekalian, walaupun tidaklah penting bagi semua tapi ianya amat berharga bagi pemilik nama Siti Nadirah Binti Arzmi... :)

1.Dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru..yang merupakan bakal-bakal pendidik semasa Cik penulis menuntut di UPSI (2010-2011).


2. Majlis perpisahan bagi GROUP DPLI ERT (Feb 2011) di Easy Cafe, Tanjung Malim..


3. Praktikal time di SMK Tunku Panglima Besar Kulim.
(27 Feb 211 - 27 Mei 2011)




4. Kenangan terindah iaitu sambutan hari guru yang ke-2 bagi Cik penulis di SMKTPB, Kulim.
(16 Mei 2011)





5. Majlis Konvokesyen UPSI (DPLI ERT) yang ke-3 bagi Cik penulis...:)
(29 Julai 2011)




6. Sambutan hari raya puasa  bersama keluarga tercinta...
(1 Ogos 2011)



 7. Beryimba-yimba dengan sepupu-sepupu tersayang di Bagan Lalang...
(Oktober 2011)



* Gembira sebab dapat melalui saat suka duka bersama mereka..insyaALLAH kalau diizikan ALLAH SWT dapat lah bergembira dengan keluarga tersayang pada tahun 2012...insyaALLAH kalau diberikan umur yang panjang.

* InsyaALLAH segala kenangan dan pengalaman dapat mengajar erti kehidupan dan mematangkan fikiran kita...alhamdulillah...:)

* Semoga tahun 2012 lebih bahagia, berjaya dan dilimpahkan rezeki yang lebih dari tahun sebelum...insyaALLAH..


~HAMPIR SETIAP ORANG YANG BERJAYA AKAN MENDAPAT MUSUH DAN JADILAH MUSUH YANG BAIK UNTUK BERSAING~

~PEACE~

Thursday 29 December 2011

PeNCiL & EraSer


Kita selalu gunakan "pencil" & "eraser" ni, biasanya guna time sekolah..Mesti ramai sudah tahu apa kegunaan bagi kedua-dua benda ini kan?

"Pencil" digunakan untuk menulis..
""Eraser" pula digunakan untuk padam tulisan yang kita taknak atau salah...

Tapi, kalau kita apply kedua-dua maksud ni dalam kehidupan kita seharian pasti ada hubung kaitnya. Pasti ramai yang sudah terfikir bukan perkara apa yang boleh kita kaitkan dengan kedua-dua benda diatas.

Kebiasaanya dalam kehidupan kita, "Pensil" itu melambangkan diri seseorang individu. "Pensil" memainkan peranan untuk mencorakkan aktiviti seharian kita dan dikawal oleh akal manusia. (Perkara yang dilakukan oleh manusia direncanakan oleh ALLAH SWT). Jadi, akal manusia lah yang akan menggerakkan "Pensil" untuk membuat sesuatu perkara. Dan dengan "Pensil" juga lah kita boleh melukakan hati seseorang. 

Setelah "Pensil" telah memainkan peranannya, maka, tugas "Eraser" menyusul. Memadam perkara yang tidak patut diteruskan. Jika ada perkara yang tidak boleh kita teruskan, maka padamlah ia dengan sebersih-bersihnya kerana risau ianya akan menganggu diri kita. "Erase" segala kenangan atau memori yang telah dibuat oleh "Pensil", takut nanti fikiran kita tergangu, jiwa kita kacau dan akal kita tidak tenteram.

Cik penulis pernah terfikir, kan senang kalau segala kenangan lalu dapat di padam menggunakan "Eraser" yang ada. Pasti Jiwa kita tenang. Tapi apa kan daya, itu semua adalah perumpamaan yang boleh dihubung kaitkan dengan kehidupan kita seharian. 

Dan, doalah semoga kita menjadi "Pensil" yang mampu MENCORAKKAN sesuatu perkara yang baik dan dapat membahagiakan hati orang lain tanpa ada yang tersinggung.. InsyaALLAH...

Semoga segala kenangan yang pahit dapat kita PADAM kan dengan "Eraser" yang berkualiti tinggi iaitu :
Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal...InsyaALLAH...


~Amat Sukar Untuk Kita Mengembirakan Hati Semua Orang, MAKA Dengan Doa Sahaja Yang Dapat Dihulurkan Untuk Mengembirakan Hati Mereka~

PeNaNgaN OmBaK RiNDu

Salam Blogger...:)

Mesti pelikkan ada poster OMBAK RINDU plak kat entry Cik penulis kali ni. (Nampak sangat Cik penulis baru tengok cerita ni). Rasa dah sebulan filem OMBAK RINDU ni hangat di omongkan. Paling banyak kat MukaBuku lah...Ada yang puji, ada yang kritik, ada yang sentimental, ada yang marah-marah, ada yang emosional tak tentu pasal...(Dah nama nya filem, mestilah pengarahnya manusia juga macam kita..).

Dengar kata kutipan bagi filem OMBAK RINDU ini menjangkau 5-6juta..wahh..hebat!! tahniah untuk pengarah,penerbit, pelakon-pelakon dan juga crew-crew yang terlibat...Go0d Job!!

Walaupun Cik penulis, telah ketinggalan agak jauh untuk menonton filem kesukaan ramai ini, maka dengan ini saya pun menonton di ~Youtube~ saja (jangan ikut cara Cik penulis ye tak bagus untuk filem negara kita...~PEACE~).

Jadi, Cik penulis pun ambil mo0d untuk tonton filem OR ni (Ombak Rindu). 
~Wah..layan feeling Cik Penulis mlm tadi ~. 
Cerita agak menarik. (opss..saya bukan wartawan malah pelakon terbaik, tapi saya hanya penonton biasa yang boleh memberi pandangan untuk penambahbaikkan) - ceehhhh macam hebat plak nak cakap pasal bidang seni..hehehe

Dari jalan cerita yang telah diadaptasi dari sebuah novel (Fauziah Ashari) dan arahan oleh Osman Ali. Menarik jalan ceritanya. Dan, "bonus" dalam cerita ni ialah ianya terdiri dari pelakon-pelakon yang terhebat. Yelah, pasti ramai yang cair dengan renungan tajam oleh AARON AZIZ kan? Lirikan mata yang  menggoda dari MAYA KARIN?, senyuman yang menawan dari LISA SURIHANI? Gaya romantik dari BRONT PARALAE. Ramai yang terpikat rasanya... :)

Soundtrack yang digunakan dalam filem ini juga sangat menarik dan bersesuaian dengan jalan ceritanya. Lagu OMBAK RINDU (Hafiz&Adira), UNTUK KAMU (HAFIZ) dan LARA LAGI (ADIRA) memang mantap.. :) (lagu-lagu ini akan berkumandang ketika Cik penulis amik mo0d untuk BerEm0SioNaL...hehehe)

Dialog-dialog yang ditulis sangat ringan dan mudah difahami. Dan, ada di antara dialog dalam OR ini yang Cik penulis suka: ~Redha itu ikhlas dan Pasrah itu menyerah~ (Dialog Lisa Surihani). Mendalam maksud dialognya itu.... :)

So, bagi sesiapa yang masih belum menonton bolehlah subscribe kat Astro First or tunggu DVD OR nya nanti...

p/s: jangan download dari tempat yang salah ye.....

~Majukan Filem Negara di Mata Dunia~

 "Kita Adalah Pelakon Di Dunia ini dan Pengarahnya ialah ALLAH SWT"

~PEACE~



IMpiAN DuaRiBuDuaBeLaS


Dua RiBu Dua Belas?? 2012?? 

MasyaALLAH...sekejap je masa berlalu...rasa baru je tahun 2011..ni dah 2012..Lagi 2 hari je lagi....Umur pun apa lagi makin meningkat lah...:)

Suka, duka, gelak, ketawa semua terpalit dalam tahun 2011...Banyak kenangan..(tak benda sudah lepas usah dikenang-kenang). Jadi, kita buka buku baru (bukan buka MukaBuku ye..hehehe).

Semua orang ada impian, (wishlist 2010-pasti berderet bukan??) Sama lah dengan cik penulis ni hah...banyak perkara perlu di capai..insyaALLAH kalau ada izin dariNYA...:)

Cik penulis nak share sikit, wishlist 2012...(Hope kalau diberikan peluang dapat lah capai semua ni..insyaALLAH) :

1. Nak mantapkan karier..(jadi pendidik yang disegani..insyaALLAH)

2. Nak Buat baik pada semua orang (....:D )



3. Nak beli gadget yang boleh membawa saya kemana saya ingin pergi...(insyaALLAH..kena pilih yang sesuai) - gambar hiasan sahaja



4. Nak beli tempat berlindung (Kalau tak lepas kena lah tunggu next year 2013 plak)



5. Nak capaikan impian mak & abah saya ke tanah suci makkah..(insyaALLAH)


6. Nak cari calon yang boleh jaga dan bimbing saya nanti... (wahhh...ada juga wishlist ni ye..insyaALLAH kalau ada jodoh untuk saya)




* Rasanya banyak lagi wish nya, tapi tak boleh cerita lebih-lebih sebab takut empunya diri frust plak nanti kalau wish nya tak tercapai....huhuhuhu


Bagi tahun 2011, hope maafkan dosa-dosa saya, mana yang terkurang dan terlebih minta dihalalkan...:) semoga tahun baru yang bakal menjelma ini akan membawa sinar keberkatan dan kebahagian untuk kita semua..insyaALLAH....

~SELAMAT DATANG 2012~

Tuesday 27 December 2011

HiDuP iBaRaT PuZzLe


Puzzle ibarat hidup? Hidup ibarat puzzle?

Semua perkara yang kita lalui, adalah berkait rapat di antara satu sama lain. Sebagai contoh yang boleh dilihat di sekeliling kita ialah dari sudut:

Percintaan - antara adam dan hawa
Kasih sayang - antara suami dan isteri
Bertolak ansur - antara adik beradik
Kekeluargaan - antara anak dan ibubapa
Kesenangan - antara harta dan tenaga manusia
Pertalian - antara manusia dan saudara mara

Kesemuanya mempunyai peranan yang penting dan berbeza-beza dalam mencantumkan "puzzle hidup" bagi setiap individu. Ianya seperti permainan "puzzle" yang mengkehendaki mencantumkan keratan-keratan gambar atau sebaliknya dengan betul mengikut kesesuaian. 

Jika, kurang diantara keratan tersebut maka, tidak sempurnalah "puzzle" hidupnya, tetapi jangan anggap itu satu kegagalan kerana peluang terbuka luas diluar sana untuk kita mendapat yang TERBAIK dari yang sebelumnya. InsyaALLAH..:)

Macam kehidupan manusia, kitalah yang mencari keratan-keratan  itu untuk dicantumkan bagi hidup kita lebih sempurna tanpa ada yang tersinggung.  Keratan-keratan itu berada dipersekitaran kita dan kita perlu gali dan usaha untuk mendapatkan keratan yang terbaik untuk dicantumkan dalam diari hidup manusia.

Kebiasaannya, ada halangan disebalik keratan-keratan tersebut. Jadi, kitalah yang perlu berusaha untuk mendapatkannya sekiranya dengan izin ALLAH SWT. Jika, keratan itu bukan milik kita, redha dan pasrahlah kerana ALLAH SWT. Kerana, setiap keratan yang telah ditetapkan untuk kita adalah keratan YANG TERBAIK untuk diri kita kelak. 

 Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut, nescaya dia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal"
(Muslim)

Sesungguhnya itulah cabaran yang menguji tahap kesabaran kita dalam mencari keratan-keratan hidup yang boleh membantu menyempurnakan kehidupan agar lebih sempurna dengan izinNYA. Dan, kebaikan akan diberi olehNYA sekiranya dia melakukan dengan keikhlasan hati kerana ALLAH SWT. 

Anggaplah hidup seperti permainan yang tiada pemenangnya kerana kita sama-sama mengejar untuk menang di AKHIRAT kelak...InsyaALLAH...


'ZuOTiaN' VS 'JiNTiaN'


"Jika semalam aku terjatuh, sudah PASTI hari ini aku bangkit"

"Jika semalam aku tersadung, sudah PASTI hari ini aku berhati-hati"

"Jika semalam aku tersungkur, sudah PASTI hari ini aku berjaga-jaga"

"Jika semalam aku kecewa, sudah PASTI hari ini aku tabah"

"Jika semalam aku cuai, sudah PASTI hari ini aku alert"

"Jika semalam aku sedih, sudah PASTI hari ini aku gembira"

"Jika semalam aku menderita. sudah PASTI hari ini aku sanggup"

"Jika semalam aku sakit, sudah PASTI hari ini aku sihat"

"Jika semalam aku lemah, sudah PASTI hari ini aku kuat"

"Jika semalam aku salah, sudah PASTI hari ini aku betul"

"Jika semalam aku menanggis, sudah PASTI hari ini aku redha"
"Jika semalam bukan rezekiku, sudah PASTI hari ini ada rezeki untukku"

"Jika semalam aku sepi, sudah PASTI hari ini KAU penemanku"

__________________________________________

*Apa sahaja yang berlaku SEMALAM, itu adalah ketentuanNYA, dan Segala yang bakal berlaku HARI INI adalah rencanaNYA..*

*Berubah demi kebaikan diri kita sendiri untuk dipandang mulia disisi ALLAH SWT..*
~insyaALLAH~

*Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal...insyaALLAH, ALLAH SWT makbulkan segala doa-doa kita untuk menjadi yang lebih baik untuk hari ini...*
~insyaALLAH~

*Berharap dapat melakukan tugas yang baik hari ini dari semalam*
~InsyaALLAH~


(Semua yang kita miliki seharusnya menjadi sebab bagi kita menambah kesyukuran)

*RAHSIA ALLAH SWT, KITA TIDAK TAHU*

NotaBlogKaKi:
(Bahasa Mandarin)
- Zuotian -Semalam
- Jintian - Hari ini

BiLa NaFsu BeRanTakkaN

Bila cakap pasal makan....nafsu makan muncul,
(selalunya berlaku masa bulan puasa)

Bila cakap pasal shopping...nafsu shopping muncul,
(Opkoss masa hari raya nafsu ni akan muncul)

Bila cakap pasal gaduh...nafsu marah akan menyerang,
(biasanya time  "bunga raya" bagi wanita dan time "poket kosong" bagi lelaki)

Bila cakap pasal teknologi...nafsu nak berteknologi pun muncul,
(Handphone habis kredit pun tiba-tiba nak beli handphone baru..dusshhh!!)

Bila cakap pasal cinta..nafsu cinta pun mai,
(cinta halal VS cinta haram).

Banyakkan nafsu manusia ni? Itu baru sikit, belum sentuh bab kereta, gadget, aksesori dan sebagainya. Semuanya nak beli. Tapi beringat jugalah, tidak semestinya apa yang kita dapat itu dapat memuaskan nafsu atau keinginan kita.

 ~Nikmat memiliki jauh lebih baik dari nikmat dimiliki~

Tidak semua yang kita telah capai itu adalah kebahagiaan yang kita cari. Ada juga yang telah mempunyai segala-galanya dalam dunia ini tetapi masih belum menemui “KEBAHAGIAAN” yang diingini.

Dari Jabur r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu ALLAH SWT akan menjadikan rumah itu bahagia” (Bukhari).

Cik penulis tertarik nak share bekenaan dengan BILA NAFSU CINTA BERANTAKKAN. Kenapa cik penulis nak cerita pasal cinta pulak? Yela, mengikut peredaran zaman, ramai golongan remaja sibuk asyik bercinta dari menelaah pelajaran. Cik penulis bukannya apa, kadang-kadang tu kasihan tengok mak & ayah mereka yang bersungguh-sungguh suruh anak-anaknya berjaya. Tapi Anak-anak, bersungguh-sungguh dalam percintaan? (Renungan bersama). 

Dari pembacaan cerita-cerita yang kurang manis yang cik penulis baca, kebanyakkannya anak melayu kita tersesat dan cenderung ke arah kemaksiatan (Nauzubillah Min Zaliq). >Minta dijauhkan dari keluarga kita dengan perkara sebegitu.<

Mengapa mereka sampai sanggup buat begitu? Inilah akibat kalau cinta tidak difahami dengan betul  serta diberikan penafsiran yang silap oleh otak.Cinta dirasai melalui perasaan dan kemudian difahami melalui otak. Lantas, barulah ia dapat dilalui dan dinikmati dalam suasana yang betul. Andainya diberikan penafsiran yang salah, inilah jadinya.

~Alangkah rapuhnya nafsu anda hingga gagal dikawal dan sanggup mencipta malu?~

Nafsu boleh dikawal. Cinta boleh dicari. Cinta adalah motivasi diri setiap insane sebab ia meledakkan kemahuan untuk merancang masa depan dengan teliti, bersungguh mencari rezeki serta membesarkan kesyukuran atas semua kurniaan ILAHI. 

Jika cinta dinodai sebegitu dasyat oleh hawa nafsu sendiri, apa lagi harta peribadi paling berharga milik anda yang tinggal???

~ Renungan bersama ~


Cik penulis belum begitu mahir dalam ilmu agama, masih mendalaminya..jadi sama-sama kita berkongsi dan menyelaminya..insyaALLAH..

~PEACE~


GeMuRuH SuaRa

  LIRIK "GEMURUH SUARA"

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,

Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

 * Hayati bait-bait lirik yang disampaikan...dapat membakar semangat kita untuk meneruskan hidup dan  mencapai impian yang kita inginkan..insyaALLAH...Doa, Usaha, Istiqamah & Tawakal.. :)

* Gambar diatas adalah bekas atlet-atlet kebangsaan... (SM NOOR's Family) 
   ~PEACE~

Monday 26 December 2011

BaYanGan GuRauAN



~Bayangan adalah gurauan yang pasti hadir ketika kita tercari-cari siapakah pemilik bayang tersebut.~

~Adakah dia bergurau dalam bayangan itu?
 
Ataupun..
 
Bayangan itu adalah sekadar gurauan yang muncul dalam lenaku?


Aku tercari-cari didalam jagaku...
Di dalam tidurku tertunggu-tunggu dia hadir dalam mimpi-mimpi ku..~
 
~Aku dihimpit bayangan yang aku masih tidak pasti siapakah empunya bayang?
 
Adakah aku gila bayang dengan bayangan tersebut?
Gurauan didalam bayangan itu membuatkan aku tercari-cari...
 
Adakah dia pemilik bayang yang sering hadir dalam anganku?
Aku dihimpit bayangan gurauan yang sering bergurau dalam khayalanku.
 
Ohh..si empunya bayang hadirlah dengan gurauan sendamu itu...
Aku menunggu...~
*Nukilan ini di adaptasi dari pesanan Short Massenging System (SMS) yang diterima hari ini...HAHA!!
* Sumber utama: Kumpulan Mega - Bayangan Gurauan
 

IbaRaT SePinGgaN NaSi

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu,
Mengenyangkan, Berkhasiat, Menyelerakan,
Mengapa kamu berlengah?,
Cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan,
Kelak, nasi itu akan basi dan..
Kamu tidak boleh memakannya..
Kamu akan menyesal.


Begitu juga...
Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu,
Menyayangimu, Mengasihimu, Mencintaimu,
Mengapa kamu berlengah?,
Cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan..
Kelak, kamu akan kehilangan apabila dia menjadi milik orang lain.
Kamu juga yang akan menyesal.

SuPeR MoM Ku

Emak, Bonda, Ibu,
Ummi,Mak,Mama,
Bermacam panggilan diberi,
Sehebat wanita yang dicari,
Lelah mencari sinar untuk kami,
Melahirkan kami dimuka bumi,
Ku panjatkan syukur ke hadrat illahi,
kaulah Emak kami di dunia ini.
Mengoncang buaian kuasa mu,
Yang mencorakkan masa depan ku, 
Untuk mengenal erti hidup ku,
Kau tabah mendidikku,
Aku gembira kau adalah Emak ku.

Kau muncul ketika ku gembira,
Kau datang bila ku berduka,
Kau hadir ketika ku bermuram durja,
Kau menjadi peneman ku yang setia,
Kaulah Emak ku yang tercinta.

Ketika ku sakit, kau merawat,
Ketika ku derita, kau gelisah,
Ketika ku sengsara, kau berduka,
Ketika ku mengeluh, kau tersenyum,
Emak lah Doktor hatiku.

Jasamu tidak ternilai, aku teruja,
Jasamu tidak dijual beli, aku terkesima,
Jasamu tiada tolok bandingnya, aku terpana,
Jasaku untuk Emak ku, pasti ada,
Emaklah idola dalam hidupku.
_____________________________________________________________

DOA UNTUK IBU BAPA:



Sunday 25 December 2011

SayaNgi "MeReKa" Juga


"Anda didakwa kerana mengabaikan seekor kucing betina berwarna hitam dan putih, seekor kucing jantan berwarna kuning dan putih, seekor kucing betina campuran warna kelabu, putih dan kuning serta seekor kucing jantan berwarna putih dan hitam. Anda disaman dan didenda sehingga RM38,000 atas kesalahan tersebut" -Jabatan Perkhidmatan Haiwan- (Dakwaan dibuat mengikut seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali-Kosmo 27 Feb 09)

Kesalahan yang kita rasa sangat remeh dan ianya seperti tidak masuk akal tetapi ianya terjadi. Mengabaikan haiwan? Sama berat dengan kita mengabaikan anak-anak kita sendiri. Hebat bukan?. Kasih sayang bukan hanya pada sesama manusia sahaja tetapi juga terhadap haiwan. Dan andaikan rasa belas terhadap haiwan itu dituntu, apatah lagi terhadap manusia. 

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:
"Rasulullah SAW melarang perbuatan melagakan binatang" - Tirmidzi dan Abu Daud-

Selama mana anda merelakan diri menjadi "keluarga angkat" kepada haiwan peliharaan anda (seperti: kucing, hamster, ikan hiasan, iguana, tikus putih dan sebagainya), maka, anda mesti memeliharanya dengan baik kerana jika mengabaikannya, ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah salah disisi agama.

Sikap penyayang kita terhadap haiwan membuktikan yang anda merupakan orang yang penyayang terhadap manusia dimuka bumi ALLAH SWT. 

~Sayang dan kasih pada manusia biarlah berpada-pada kerana kasih pada ALLAH SWT patut dilebihkan daripada segala-galanya kerana ALLAH SWT tidak pernah menolak dan mengecewakan hati hamba-hambaNYA~

____________________________________________________________

* Salah satu kucing kesayangan Rasulullah SAW ialah Muezza (Muazza). Diriwayatkan ada suatu ketika sewaktu baginda ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan tetapi si Muezza sedang nyenyak tidur di bucu jubahnya. 
Baginda tidak mengejutkannya, tetapu memotong bahagian yang digunakan si Muezza sebagai lapik tidurnya. Sesudah kembali ke rumah, baginda melihat si Muezza seperti kesal dan seolah-olah cuba memohon maaf atas perbuatannya. Itu membuktikan yang haiwan peliharaan juga bagaikan ada perasaan untuk diambil kira.
Baginda ada tikanya, membawa si Muezza bersama-sama ke majlis dakwahnya dan meletakkannya di pangkuan baginda sambil berdakwah. Malah bagi anda yang telah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing. Dikatakan setiap masuk waktu solat, kucing akan berkumpul disitu. SubhanALLAH...Indah bukan? *
______________________________________________________________
~Warnailah hidup dengan kejujuran terhadap diri sendiri, orang-orang yang berada hampir dengan kita dan haiwan-haiwan peliharaan kita sebab itulah yang sebenarnya akan mengammbarkan siapa kita sebenarnya~


CouPLe IMaN

Istilah "Couple" biasa kita akan dengar di zaman persekolahan. Dulu kalau dikenangkan kembali setiap pelajar pasti ada "couple"nya. Bila dah besar ini, teringat balik kisah dulu pasti akan tersenyum mengenang kembali gelagat waktu zaman sekolah..

Tapi cik penulis tak ber"couple" masa sekolah ye. Fokus belajar katanya..hehehe(rindu pula rasa nak ke zaman sekolah dulu)

Orite, saya pernah terbaca dan mendengar ceramah oleh  Ustaz Azhar Idrus yang dalam syarahannya ada menyentuh isu "Couple" ini. 
Dia ada mengatakan:
~HARAM mengambil seseorang wanita sebagai kekasih jika niat bukan utk mengahwininya~

Terkesima dengan ayatnya. Memang tepat sekali. Totally HARAM!!. Kalau inginkan berkasih-kasihan tanpa mempunyai nawaitu yang tidak sahih, maka janganlah bercinta sebab ini akan melukakan hati pasangan anda itu sendiri. 

Kebiasaanya, fenomena Ber"Couple" ni ada berlaku di IPT (universiti). Bagi saya, bercouple selagi tidak melakukan perkara-perkara yang salah mengikut syariat islam bukanlah masalah. Yang salah, apabila bercouple lalu berbuat macam-macam perkara yang menyalahi syariat agama, sudah tentulah salah.

(Didada-dada akhbar, banyak isu-isu yang membabitkan remaja yang terlanjur dan melahirkan anak luar nikah. MasyaALLAH. Sudahlah terlanjur, malah membunuh pula tu. Mana kan tidak, lepas melahirkan bayi yang tidak berdosa itu, mereka sanggup membuangnya di tempat-tempat yang tidak sepatutnya..Nasuzubillah Min zaliq....)
"Couple" yang betul dan suci tiada masalah sebab ia fitrah manusia. Tiada manusia yang boleh hidup seorang diri. Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnkan putaran hidup. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan. Moga-moga kekal hingga ke sudah. InsyaALLAH..

Adakalanya "couple" boleh juga dijadikan Booster untuk kita lebih maju dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan kalau kena dengan cara yang betul. Malah boleh meningkatkan keimanan jika ALLAH SWT menjadi sandaran.


Ber"Couple" dengan iman pasti membawa keberkatan dalam perhubungan dan akhirnya pasti kebahagian akan muncul dengan direstui oleh pelbagai pihak.

"Couple" yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cintayang semakin mengelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah yang paling berbahaya. 

Indahkanlah detik bercinta anda. Perasaan sayang, kasih dan menyukai adalah lumrah dalam diri setiap manusia. Namun, perasaan itu hendaklah diterjemah mengikut saluran yang diizinkan syarak. Apabila seseorang jatuh cinta, dia dibenarkan melihat pasangannya mengikut batas syarak.

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW.:
"Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah paling berbahaya keatas lelaki yang melebihi fitnah dari wanita." 
(Bukhari dan Muslim daripada Usamah r.a.).



*BerCouple untuk menambah dan meningkatkan keimanan, ia bukannya satu kesalahan*

SePi HaTi


"Kesepian hati kadang kala menghanyutkan kita dengan sejarah lama.."

"Sepi hati akan melemahkan semangat kita untuk teruskan hidup.."

"Hati yang sepi mengundang kesedihan yang terlampau.."

"Hati sepi terjadi lagi, walau sampai mati aku sendiri.."

"Sepi yang melanda, adalah satu permainan syaitan yang akan melalaikan hati kita pada satu tahap yang tidak tercapai akal untuk dinilai.."

"Jiwa kosong, akal serabut, hati mengamuk, sepi pasti akan menjelma.."

"Hati melayang ke langit terbuka, sepi muncul pabila sunyi menerpa.."

~PadaMU Tuhan aku berserah, ku sujud syukur padaMU menemukanku dengan KEKASIH hati yang AZALI di sanubariku...~
*ALLAH SWT*

Mengapa kita perlu sepi?, Sedangkan alam ini luas untuk kita berada dalam keadaan yang bahagia. 
"Begitu luas alam ini, maka luaslah pintu kebahagiaan untuk kita semua"
~InsyaALLAH~

Ingatlah, ALLAH SWT, sentiasa berada disamping kita sentiasa. Kita tidak sepi, tetapi kita yang mencari sepi untuk dikenang...



Saturday 24 December 2011

CinTa Vs PiSah


Pabila dua hati telah menjadi satu....

Bercintalah kerana ALLAH SWT.
"Bila mana kamu melihat dia mencintai ALLAH SWT,
Kamu suka peribadi dan akhlaknya yang cintakan ALLAH SWT itu,
Maka Kamu yakin dia boleh menjadi kekasih yang dapat membimbing kamu bertemu kekasihmu yang sejati iaitu ALLAH SWT."

Sekiranya badai muncul ditengah-tengah perhubungan kamu....

"Berpisahlah kerana ALLAH SWT.
Bila mana kamu rela meninggalkan dirinya kerana sayangnya kamu pada ALLAH SWT, 
Kamu enggan berbuat maksiat kerana malu pada ALLAH SWT, 
Disaat itu kamu rasa berbaloi tinggalkan si dia."


*Cinta perlu dilalui dengan penuh kebijaksanaan. Hanya orang yang bijak akan merasai betapa sucinya cinta, tetapi untuk sampai merasai betapa sucinya cinta itu, seseorang perlu membangkitkan rasa sucinya terhadap ALLAH SWT - ketika itulah dia dikatakan bijak... :)

TaBLe FoR Tw0

Indah bukan kalau setiap peristiwa dirai dengan penuh romantik. (bagi pasangan yang halal saja okay). 

Setiap pasangan menginginkan sesuatu yang boleh dirakam saat indah pabila bersama dengan orang yang disayanginya. Pasti saat ini, ada diantara pembaca-pembaca sekalian tersenyum-senyum mengingat kembali saat manis bila menyambut sesuatu peristiwa bersama dengan pasangan anda.

Tidak kiralah peristiwa itu ada tikanya tidak masuk akal untuk dirai tapi ianya amat meninggalkan kesan yang mendalam pada setiap pasangan. 

Kebiasaannya, meraikan sesuatu peristiwa ini memerlukan tempat yang amat sesuai dan persekitaran yang boleh memberi impak yang hebat kepada pasangan tersebut.Pelbagai cara boleh diraikan bagi meraihkan kebahagiaan bersama dengan pasangan anda. Kebiasaanya,'candle light dinner' lah yang menjadi trend bagi pasangan muda-mudi sekarang ini. 

Opss...tidak lupa bagi pasangan veteren juga boleh meraikan peristiwa-peristiwa yang boleh mengingatkan kenangan dahulu sewaktu mereka bertemu dulu. Orang kata pasangan veteren (macam mak&abah kita) lagi romantik kalau mereka menyambutnya bersama. Yela, mana tidaknya bertahun-tahun mereka hidup bersama semua suka dan duka telah dikongsi bersama, tidak salah kalau mereka memilih satu masa yang sesuai untuk meraikan cinta suci mereka. (Wahhh...romantiknya)

Tidak salah kalau kita ingin menunjukkan kasih sayang kita kepada orang yang kita cintai. Mereka juga berhak dihargai dan menghargai. 

~Hargailah Cinta Kerana Cinta Wajar Dihargai~

*Hangatkan ulangtahun "Table for Two" anda dengan romantis... :) 





PeManCinG HaTi

Siapa yang layak sebagai si pemancing hati?
 Antara kaum Adam dan Kaum Hawa?

Mesti kita akan pilih si "Pemancing"yang sempurna seperti apa yang kita impikan.

Bila mata kail perlukan umpan, Umpan pasti diletakkan, Bila joran sudah tersedia, Si pemancing wajib memulakan tugas. Maka, si pemancing memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang diingininya.

Kita?
Adakah kaum hawa boleh menerima si "pemancing hati" ini dengan tulus dan ikhlas?
 Pastinya..YA!. Jika si "pemancing hati" ikhlas menerima kita seadanya.

Dan bagaimana pula kalau kita ingin memancing hati pasangan? Adakah dengan menggunakan kekerasan? Kelembutan? kemarahan? kebengisan? Pasti payah bukan. Memancing hati pada orang yang kita cintai pasti sukar tapi ada cara yang tersendiri untuk memancingnya. 

Jangan sangka hati lelaki keras macam batu. Jika kita pandai memainkan peranan, hatinya pasti cair jua. Lelaki lemah oleh kelembutan dan mereka tidak akan sekali-kali tunduk dengan kekasaran.

~Bila hati kecil telah terusik dengan lagak gayanya yang sopan, pasti kita akan menerimanya.~

~Bila hati telah tertawan dengan tutur katanya yang baik, pasti kita akan terkesima.~

~Bila hati telah tersentuh dengan perlakuannya yang mengambil berat, pasti aku akan teruja~

~Bila hati telah terdetik dia adalah jodohku, pasti kita akan minta petunjuk dariNYA~


Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila dia melihatnya, yang taat kepadanya apabila dia menyuruhnya dan dia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada diri dan hartanya." (Muslim)



Friday 23 December 2011

KeTika ALLAH meMiLiHmu UnTukKu

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu.. 
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. 
Orang tua yg begitu sempurna.. 
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan.. 
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, 
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. 
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku.. 
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, 
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. 
Maka, ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu. 
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna.. 
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. 
Karena kelak kita akan satu.. 
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, 
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah, 
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya.. 
Maka ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita.. 
Itulah visi pernikahan kita.. 
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku.. 
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.. 
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.. 
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan.. 
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah.. 
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah.. 
Namun tatap mataku, tersenyumlah.. 
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu.. 
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah.. 
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. 
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku.. 
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. 
Maka dimataku kau adalah yang terindah, 
Kata2mu adalah titah untukku, 
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu.. 
Maka kalau kau berkenan ku meminta.. 
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku… 
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita.. 
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga.. 
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah, 
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. 
Yang darahnya mengalir darah syuhada.. 
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka.. 
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka.. 
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku… 
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku, 
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi.. 
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..