Monday 9 January 2012

MimPi DaLam LeNa



Pernah jugak dengar orang dulu-dulu kata; "kalau nak tidur tu basuh kaki dulu, takut nanti mimpi yang bukan-bukan". Betul eh? Kena basuh kaki je ke baru tak mimpi bukan-bukan? habis kalau mandi dulu sebelum tidur macamana pulak???langsung mimpi tak muncul-muncul berhari-hari gamaknya...hehehe ^-^

Ada jugak orang kata mimpi itu "mainan tidur". Angkara syaitan jahanam nak melalaikan kita. Bahaya gak tu. Boleh mengubah mood kita jadi tak best. Mimpi yang boleh membuatkan kita percaya dengan jalan cerita dalam mimpi tersebut. Mesti lepas bangun dari tidur pasti akan teringat pastu mulalah berfikiran negatif...aiiisshhhhh mimpi oh mimpi...^-^

Klasifikasi mimpi ni ada banyak yang boleh tafsir kan. Rasanya majoriti manusia dimuka bumi ALLAH SWT ini semua pernah MIMPI. Tak kisahlah walau mimpi itu kita tidak menjadi watak utama cuma sekadar pembantu sahaja. Tapi kadang kala ada effect juga dalam jalan cerita mimpi kita itu.

Lepas kita bermimpi tu pasti kita akan tertanya-tanya; "Kenapa eh aku mimpi macamtu?". Ada juga dikalangan kita yang percaya dengan "Tafsir Mimpi". Mimpi yang boleh ditafsir dan huraiannya kadang kala tidak masuk dek akal. Contohnya:

1. Seorang anak gadis bermimpi, seekor ular mematuk kaki nya. Itu tandanya ada orang nak masuk meminang.
2. Mimpi banjir dalam rumah sahaja. Kata orang itu petanda baik, itu petanda rezeki akan muncul.

3. Mimpi bayi bercakap, tafsirannya ada benda halus yang akan berdamping dengan si punya mimpi.

TAFSIRAN MIMPI:

Macam-macam bukan tafsiran yang dibuat. Kita sebagai umat islam yang patuh dengan suruhanNYA, insyaALLAH pasti tahu menilai mana yang baik dan buruk bagi sesuatu perkara itu. Kita boleh jadikan Al-quran sebagai rujukan kerana semuanya ada terkandung didalam Al-quran.

Untuk mengelakkan mimpi-mimpi yang tidak elok, seelok-eloknya sebelum tidur kita Berwuduk dulu, membaca doa sebelum tidur  

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوت
Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

InsyaALLAH, kita akan tidur dengan lena kerana ALLAH SWT. Sebab tidur itu pun satu ibadat. Mudah sungguh cara kita untuk mendapatkan Ganjaran dariNYA... :) Semoga tidur-tidur kita nanti tidak terganggu oleh mimpi-mimpi yang boleh melalaikan diri kita..insyaALLAH....


~MIMPI KADANG KALA INDAH TAPI AMAT PERIT UNTUK DIINGATI, TAKUT MIMPI ITU MAINAN TIDUR SEMATA-MATA~

No comments:

Post a Comment