Friday 28 December 2012

Impian 2013

Assalamualaikum Wbt...
Alhamdulillah..kita sudah dipenghujung tahun 2012..pasti banyak kenangan pahit dan manis yang sudah ditempuhi...apa-apa pun semuanya sudah tertulis oleh maha pencipta....redha dengan ketentuanNYA...InsyaALLAH pasti ade ganjaran disebalik semua kejadian.. :)

Er.Ling.Yi.San...pantas masa berlalu...dah setahun cik penulis menjadi pendidik di bumi kenyalang.. >rezeki ALLAH yang bagi..alhamdulillah< rerasa impian 2012 ( http://celoteh-dira-arzmi.blogspot.com/2011/12/impian-duaribuduabelas.html ) yang lepas banyak lagi yang tidak tercapai...takpe..kita carry forward ke tahun depan 2013..insyaALLAH kalau diizinkanNYA.. :-) Mana impian yang tercapai...cik penulis panjatkan kesyukuran kepadaNYA atas segala limpah hidayah dan rezeki dariNYA..Alhamdulillah.. :-)

Lagi 2 hari kita akan menjengah ambang tahun 2013...alhamdulillah kita sebagai makhluk ALLAH pasti bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNYA kepada kita..Pasti yang terbaik buat semua umatNYA...Amin...

Jadi, untuk impian 2013 ni adalah satu,dua perkara yanng penting untuk cik penulis capaikan..insyaALLAH... >BERHARAP<

1. Mantapkan kerjaya


2. Tolong ibu,Bapa&keluarga tercinta


3.  Pasangan Hidup (mendirikan rumahtangga) - Doa Kalian Amat diperlukan.. :-)




4. Nak beli tempat berlindung (Kalau tak lepas kena lah tunggu next year 2014 plak)


5. Nak capaikan impian mak & abah saya ke tanah suci makkah..(insyaALLAH)

** Rasa macam banyaklah pulak impian 2013 ni....pasti mencabar....moga-moga ALLAH SWT permudahkan segala urusanku untuk menempuh hari-hari yang mendatang....insyaALLAH..Amin Ya Rabbal Al-Amin.. ;-)

Homestay NurGuestHouse Dungun


Assalamualaikum Wbt...Tetiba rajin nak mengHapdate Blog ni... :-) Just nak share dengan blogger je...homestay NurGuestHouse yang menajdi pilihan kami sekeluarga ketika bercuti di Dungun last week...Rumah yang sangat selesa yang dilengkapi dengan perabot, 3 bilik tidur (master bedroom ada aircond,2 bilik menggunakan kipas), televisyen,Rice cooker, heater, car park yang selamat etc...Nyaman! Rumah mengadap pantai! berdekatan dengan UiTM Dungun.. :) Lovely....angin Sepoi-Sepoi Bahasa...

Jadi, Bagi sesiapa yang nak pergi bercuti di Dungun dan perlukan penginapan yang selesa...jangan segan silu PM saya...InsyaALLAH saya bleh bagi No.Fon Owner rumah ni...:-)


 Meja Makan

 Set minuman + rice cooker

 View dapur...

 Kabinet+peti sejuk

 Bilik 3

 Bilik 2

Master bedroom


* Cantik kan?jangan risau owner dia pun ok....boleh nego harga..InsyaALLAH :-)

Wednesday 26 December 2012

Ganu Kiter

Assalamualaikum Wbt, 
lamak sudah kamek sik molah blog bulan tok....
>tetiba ubah loghat sarawak< 
biasalah amik mood nak kelik sibuu.... :-)
Saja nak share dengan blogger sekalian, last week cik penulis jalang-jalang ke ganuuu....bestt ooo !! walaupun cuaca yang tidak memberangsangkan tapi kami gagahkan jua....yela hujan kan satu rahmat dariNYA....bersyukur 
>Alhamdulillah<
Cuti-cuti bersama keluarga terchentaa..walaupun terkilan sebab abang & adik tak dapat joint trip ni..tapi takpe masih lagi meriah.. :-)

Jenguk-jenguk lah pictures kat bawah ni.....

 Tepi Pantai...Dungun

 Adik saya Lukkmaaanggggg...Pasar Payang

 Abang Ngah Saya & Cummaaiiii...Pasar Payang

 Mak Saya *-*...Masjid Kristal

 HUjan Rahmat...

 Snap Dari dalam kereta...masjid kristal

 Hujan Lebat... :-)

Ahli keluarga yang dapat joint...

InsyaALLAH kalau dipermurahkan rezeki kami lagi tahun depan kita plan next trip lagi ye...insyaALLAh amin ya rabbal al-amin ;-)

Tuesday 18 December 2012

Tersenyum Melihat Langit



“Kadang-kadang,

Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya.

Kita merasa,
Dia selalu bahagia.
Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada.
Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.
Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai2 kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.
Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain,
Kadang-kadang,
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan.
Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan.
DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA"

(via tersenyum-melihat-langit)

Wednesday 12 December 2012

Pernah

Penat.
Aku tahu dia penat.
Lihat saja wajahnya. Lelah.
Semalam saja dalam tangisnya dia menadah,
Katanya,
Tuhan, jalan ini tolong bagi mudah,
Kerana dia hampir putus asa. Rebah.
Bila-bila masa dia boleh rebah,
Tapi dia memilih untuk gagah. Kecewa,
Dia memang pernah kecewa,
Dia pernah luka,
Dia pernah merasa lara. Dia mahu sang pendusta mengubat lukanya,
Dia mahu sang petualang merawat laranya,
Dia mahu kepingan hatinya yang hancur disatukan,
Menjadi sekeping hati yang sempurna punya rasa. Tapi dia tahu, Itu tugas Tuhan semata,
Maka segala lara, segala duka kecewanya,
Semuanya dihamburkan pada Tuhannya. Kerana dia tahu penat, lelah, kecewa dan lukanya,
Penawarnya cuma Dia. Lalu,
Dia terus bertahan agar tidak rebah,
Dia memilih untuk terus tabah,
Hatinya kini milik ALLAH semata. Puisi untuk kita yang memilih untuk gagah...



✿ Words of a Heart ✿: Dia memilih untuk tabah.  (via tersenyum-melihat-langit)


Thursday 6 December 2012

Berharap...


 Bissmillahirrahmannirrahim....

Sekiranya kita cinta kepada manusia tak semestinya manusia cinta kepada kita,
jika kita cinta kepada ALLAH, 
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya, 
sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang kita cintai tetapi sekiranya kita cinta pada ALLAH kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH jua..

Ya ALLAH andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-MU dan campakkanlah dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-MU namun andai dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku, Berikan ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang KAU beri padaku..

Ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-MU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU..

Ya MUHAIMIN,
jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-MU 

Ya RABBANA, 
jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada-MU..

Ya RABBUL IZZATI,
jika aku rindu, jagalah rinduku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU..

Ya ALLAH, 
jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku dari merindui syurga-MU..

Ya ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasih-MU janganlah kenikmatan itu melebihi kenikamatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU..

Ya ALLAH, jika aku jatuh hati kepada kekasih-MU, 
janganlah biarkan aku tertatih dan jatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU..

Ya ALLAH, jika kau halalkanku merindui kekasih-MU jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-MU.

Amin Ya Rabbal Al-Amin... :)

Bakal Imamku Kelak







Waktu yang paling getir ialah waktu kita tertanya-tanya siapakah dia yang bakal menjadi pasangan hidup kita, pasangan kita di Syurga.. bersabarlah wahai teman, masanya kan tiba… Allah sedang menguji kita, adakah kita benar sudah bersedia untuk menjadi imam dan bidadari mereka..”


InsyaALLAH..... :)

Wednesday 5 December 2012

RounDa BiNTuLu

Salam Semua Blogger... :)
Orite rasa dah bersawang blog ni lama tak update news terbaru...al-maklum lah tengah mabuk bercuti..hehehe bukan mabuk bercinta ok.... >Dalam hati ada taman< :)

Saja nak share percutian cik penulis ke Bintulu, Sarawak..Best ! ! !
Lepas Raya aritu pakat dengan cikgu-cikgu single >yang masih belum berkahwin lagi< hehehehe...yang lain pergi bercuti di bintulu...havoc ! ! !

Tersangatlah release tension kami....jauh dari kelas, dokumen, buku, pentaksiran dan sama waktu dengannya...hehehe So, apa-apa pun kalian boleh lah menatap gambar kami  yang tak seberapa indah ni..tapi bintulu tu indah ok ! ! !... :) pantey tok nyaman.....






InsyaALLAH kalau diizinkan ALLAH SWT nak Merayap-rayap lagi lepas ni...tu pun kalau dipermurahkan rezeki...insyaALLAH amin.... :) >Rezeki jodoh sekali ek....hehehe <