Sunday 13 May 2012

PeSta KaUL, MuKaH 2012

"MUKAH 1 Mei - Pesta Kaul, acara tradisi kaum Melanau yang disambut setiap tahun akan dijadikan acara bertaraf antarabangsa yang mampu menjadi satu daripada tarikan utama pelancong ke Sarawak, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, pesta itu yang berusia hampir 1,000 tahun pada mulanya satu amalan ritual kaum Melanau sebelum kedatangan Islam dan Kristian, menghimpunkan nilai-nilai budaya dan kehidupan kaum Melanau yang banyak bergantung kepada aktiviti menangkap ikan di laut"


Salam Blogger,
Just nak share aktiviti yang Cik penulis sertai iaitu pesta kaul mukah 2012. Pesta ni ada kat sarawak je. Sangat meriah dan teruja! pelbagai budaya dan cara hidup orang melanau yang kita dapat dekati dari segi aktiviti harian mereka, pakaian, dialek bahasa dan yang penting sekali makanan mereka. Sangat unik dan nyaman. :-)