Friday 27 January 2012

Jika Kau Ikhlas...

Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Akan Mendampingiku...


Jika Kau Ikhlas, 
Pasti Kau Akan Menyayangiku...


Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Akan Berlembut Denganku...


Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Akan Membimbingku...


Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Akan Menjagaku...


Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Mencintaiku..


Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Mencintai Keluargaku...

Jika Kau Ikhlas,
Pasti Kau Menerimaku Seadanya..


Dan Jika Kau Ikhlas,
PASTIKAN IANYA HANYA KERANA ALLAH SWT....






~Bersama Airmata Pasti Ada Senyuman. Bersama Kesedihan Ada Kegembiraan. Bersama Cubaan Ada Anugerah. Bersama Musibah Ada Ganjaran. 
Semuanya Ialah Ketentuan Yang Pasti Dan Prinsip Hidup Yang Digariskan Oleh ALLAH SWT~

KelaHiRaN DiNaNti





Kelahiranmu dinanti segenap insan,
Sebagai simbol keberanian pewaris pejuang Rasulullah,
Sebagai simbol kekuatan membela kaum yang lemah,
Sebagai tanda perkasa melawan emosi yang membinasakan,

Namun..
Terkadang aku terasa sayu,
Mengenangkan wajah dunia yang bakal engkau corakkan,
Apakah budaya asing yang engkau banggakan???
Ataupun keegoan sebagai lambang kegagahan???

Bangunlah wahai pemimpinku,
Engkaulah dambaan pelengkap hidup ku,
Untuk ku melimpah kasih menyulam bicara,
Sebagai bahu luahan gelisah,
Sebagai penuntun ke Taman Idaman,
Engkaulah pencorak generasi ku,
Imam setiap solat ku,
Mendidik ku dengan akhlak bunga diri,

Bukan rupawan,hartawan dan cendiakawan yang ku mohonkan,
Tetapi hanya seorang lelaki yang punya harga diri,
Yang sopan bila menuturkan kata,
Lembut hatinya menerima pandangan, 
Dan merendahan hati penuh keimanan,
Biarkan mereka memandang penuh kejelikan,
Menyangka engkau dalam kekolotan,
Jauh berbeza dengan budaya yang mereka banggakan,

Biarlah...
Bagiku engkau sangat istimewa,
Kerana aku yakin..
Selagi nilai kemelayuan seiring dalam dirimu,
Nescaya benih keislaman akan terus subur dihatimu,

Namun,aku merayu padamu..
Sedarkanlah aku jika terlena dalam buaian dunia,
Ingatkan aku jika terpaut godaan manusia,
Dan bangkitkan aku dari terus dalam kejahilan dan kesesatan,

Jangan engkau membiarkan aku terus hanyut,
Tunjukkan dan arahkan ku jalan yang benar,
Jalan menuju Yang Hakiki,
Didiklah aku dengan penuh kesabaran dan keikhlasan,
Aku bukanlah seorang yang bijak berkias seindah bahasa,
Yang pandai menyulam bicara penuh kesyahduan,
Mahupun sedia terlukis keayuan,

Aku hanyalah insan biasa,
Masih punya kelemahan,
Yang mahukan engkau menjadi penyuluhku,
Dan yang sanggup menerima aku sebagai amanah Ilahi kepadamu,
Datanglah padaku dengan kesediaan,
Aku menantimu walau hingga akhir..



~MANISNYA KEKUASAAN BARU TERASA SETELAH TURUN, LAKSANA BAYI YANG BARU MERASAKAN MANISNYA MENYUSU PADA SAAT TELAH DIHENTIKAN. KEGEMBIRAAN WAKTU MENJAWAT AKAN SEGERA LENYAP DENGAN KESEDIHAN SEWAKTU DIBERHENTIKAN. 
INGATLAH, KEKUASAAN ATAU JAWATAN ITU AKAN SELALU BERPUTAR!~

Monday 23 January 2012

MuTiaRa KaTa



~Jangan Terlalu Bercita-Cita Untuk Mengerjakan Seluruh Yang Didengar. Jangan Terlalu Berharap Kepada Setiap Kawan. Jangan Membocorkan Rahsia Kepada Perempuan. Jangan Mengerjakan Seluruh Keinginan~


~Tidak Ada Ketenangan Kecuali Dalam Ketaan (Uzlah). Tidak Ada Rasa Aman Kecuali Dengan Kepatuhan. Tidak ada Rasa Sayang Kecuali Dengan Menepati Janji. Tidak Ada Kepercayaan Kecuali Dengan Kejujuran.~


~Siapa Yang Telah Mencapai Puncak Kegembiraan atau Kenikmatan Duniawi Maka Hendaklah Bersiap-siap Menghadapi Puncak Kesedihan Dan Penderitaan, Kecuali Hamba-Hamba ALLAH SWT. Yang Bertakwa. Mereka Adalah PEraih Akhir Kehidupannya Dengan KeredhaanNYA dan Syurga~


~Orang Yang Bahagia Adalah Yang Dapat Melupakan Hal-Hal Yang tidak Mungkin Dapat Diperbaiki Atau Diluruskan Kembali, Juga Yang Selalu Mengingat Kebaikan Sebaliknya Melupakan Kejahatan Orang Lain Terhadapnya.~

ReZeKi DaRiMU

Rezekimu Jauh Lebih Mengetahui Tempat Yang Patut Bagimu Berbanding Pengetahuanmu Tentang Posisi Yang Patut Baginya.

Rezekimu Akan Selalu Mengiringimu Laksana Bayangan Yang Selalu Mengikuti Gerak Tubuhmu.

Engkau Tidak Akan Pergi Sebelum Seluruh Rezeki Yang Ditakdirkan Bagimu Diberikan Kepadamu.



Friday 20 January 2012

EPiS0De BaRu 2012

Alhamdulillah, apa yang selama ini cik penulis tunggu sudah tercapai...Syukur kepadaNYA..Walaupun berjauhan tapi cik penulis tetap bersyukur dengan pemberian dariNYA...Cik penulis percaya ajal, maut, rezeki, jodoh semua kerjaNYA...Cik penulis pasrahkan dirinya kepada ALLAH SWT..Kerana DIA lebih mengetahui segala-galanya...InsyaALLAH...

Cik penulis bukan nak mengadu domba disini, just nak share lah tempat cik penulis mencari rezeki jauh dari semenanjung..meninggalkan keluarga dan saudara mara tercinta....ingatlah "DEKAT TIDAK SEMESTINYA BERSENTUHAN DAN JAUH TIDAK SEMESTINYA BERSEMPADAN" Jadi, cik penulis pun menyahut cabaran dengan mendidik anak bangsa tercinta yang berada jauh di bumi kenyalang...


Inilah tempat cik penulis mencurahkan ilmunya kepada anak bangsa tercinta...SIBU, SARAWAK... :-) Tempatnya bukan pendalaman tapi terletak di pekan kecil sibu..Kemudahan mencukupi dari segi transportation tapi kadang-kadang tu lama gak nak menunggu..bukan tempat pelancongan sangat sebab tempat ni baru nak membanggun..Majoriti bangsa cina (fuchew), kaum iban dan ada segelintir kaum melanau.

 Ni pula, entrance SMV SIBU. Dulu, Teknik & Vokasional tahun 2012 ni, kerajaan nak upgrade sekolah teknik jadi Kolej vokasional menjelang 2015..insyaALLAH.moga segala usaha dan perancangan mereka tercapai..>Saya Yang Menurut Perintah< :-)

Semasa entri untuk blos cik penulis ni ni karang, cik penulis baru seminggu di Sibu...maksudnya tak banyak tempat lagi yang belum dijelajah oleh cik penulis....semua tempat sedang berlegar-legar d benak fikiran untuk dijelajahi kelak...hehehe

Semoga semuanya berjalan lancar di bumi kenyalang ini...TANAH TEMPAT AKU MENCARI REZEKI YANG HALAL..InsyaALLAH..Amin Ya Rabbal Al-Amin... :-)



~JIKA KESEDIHAN ANDA MENJADI_JADI, PENDERITAAN SEMAKIN TERUK, UCAPKANLAH, " LA ILAHAILLALLAH~

"Maka KESABARAN Itu Adalah Yang TERBAIK (Bagiku)"

Tuesday 10 January 2012

On OfF DiEt


"Tepuk dada tanya selera" kalau dok tanya selera, pasti jawapannya IKUT SUKA LAH... ^-^ Jadi, dalam kes diet-mendiet kan diri ni memang sangat sesuai untuk di persoalkan. Dulu masa berselesa nak menjamu selera tak ingat kan petanda yang bakal muncul. Hehehe Cik Penulis pun sama je... ^-^ Tak boleh nak salah kan pada selera semata-mata sebab AKAL kita pun bertanggungjawab mengKONTROL pergerakan dan kemahuan kita. 

Jadi, kalau akal kata ON kita pun ON je....bukan on apa pun..ON MAKAN je...hehehe Pernah tak terjadi pada pembaca blogger sekalian pas kita makan kita akan rasa menyesal? "Menyesal aku makan, tengok sekarang dah mengah perut aku ni...nak jalan pun payah" hehehe...Kebiasaanyalah akan terjadi perkara-perkara macam tu...tapi apa boleh buat dah termakan redha ajalah... :-)

Lepas dah rasa ada kelainan pada tubuh badan, maka mula lah akal akan mencari alternatif untuk bertindak sebagai agen kaunselor untuk diri sendiri... Kawal gaya pemakanan harian. Sekarang dah banyak info berkenaan dengan diet yang sihat. Internet, majalah kesihatan, flyers, pamphlet (hospital) banyak dah di war-warkan pada semua berkenaan dengan gaya hidup sihat. Semua orang boleh jadi pakar diet untuk diri sendiri. Janji ikut hati... ^-^

Diet ni tak semestinya bagi golongan yang berbadan besar malah ianya boleh untuk golongan yang berbadan kecil. Diet sebenarnya adalah gaya pengambilan makanan yang seimbang (iaitu mempunyai nutrien yang secukupnya bagi sesuatu makanan) dan sihat oelh setiap individu.

Jadi, marilah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan memulakan gaya pengambilan makanan yang seimbang...^-^ 
>Cik penulis dah macam consultant slimming world lah pula< Mohh sama-sama kita menDIET kan diri... :-)



~PEMAKANAN YANG SIHAT MENJADIKAN INDIVIDU BAHAGIA SENTIASA~


^-^ peace ^-^

DaG DiG DuG






Debaran kian terasa...

Betul ke ni??aissshhhhh.....Tak keruan aku dibuatnya....Hopefully lah apa yang aku tunggu-tunggu selama aku bercuti ni berhasil. Macam-macam halangan, berita yang tidak enak didengar, kes-kes yang berkaitan telah terjadi dalam tempoh tersebut. Moga ade sinar kebahagian untuk aku dan rakan-rakanku yang lain.. ^-^

Moga ALLAH SWT permudahkan segala urusan aku dan makbulkan doa-doa orang mukmin di muka bumi ALLAH ini.Amin ya rabbal al-amin...:)






~PENYUNTING 'BUNGA' YANG HEBAT ADALAH PENYUNTING 'BUNGA' YANG MULIA DISISI ALLAH SWT~


^-^ peace ^-^

Monday 9 January 2012

MimPi DaLam LeNa



Pernah jugak dengar orang dulu-dulu kata; "kalau nak tidur tu basuh kaki dulu, takut nanti mimpi yang bukan-bukan". Betul eh? Kena basuh kaki je ke baru tak mimpi bukan-bukan? habis kalau mandi dulu sebelum tidur macamana pulak???langsung mimpi tak muncul-muncul berhari-hari gamaknya...hehehe ^-^

Ada jugak orang kata mimpi itu "mainan tidur". Angkara syaitan jahanam nak melalaikan kita. Bahaya gak tu. Boleh mengubah mood kita jadi tak best. Mimpi yang boleh membuatkan kita percaya dengan jalan cerita dalam mimpi tersebut. Mesti lepas bangun dari tidur pasti akan teringat pastu mulalah berfikiran negatif...aiiisshhhhh mimpi oh mimpi...^-^

Klasifikasi mimpi ni ada banyak yang boleh tafsir kan. Rasanya majoriti manusia dimuka bumi ALLAH SWT ini semua pernah MIMPI. Tak kisahlah walau mimpi itu kita tidak menjadi watak utama cuma sekadar pembantu sahaja. Tapi kadang kala ada effect juga dalam jalan cerita mimpi kita itu.

Lepas kita bermimpi tu pasti kita akan tertanya-tanya; "Kenapa eh aku mimpi macamtu?". Ada juga dikalangan kita yang percaya dengan "Tafsir Mimpi". Mimpi yang boleh ditafsir dan huraiannya kadang kala tidak masuk dek akal. Contohnya:

1. Seorang anak gadis bermimpi, seekor ular mematuk kaki nya. Itu tandanya ada orang nak masuk meminang.
2. Mimpi banjir dalam rumah sahaja. Kata orang itu petanda baik, itu petanda rezeki akan muncul.

3. Mimpi bayi bercakap, tafsirannya ada benda halus yang akan berdamping dengan si punya mimpi.

TAFSIRAN MIMPI:

Macam-macam bukan tafsiran yang dibuat. Kita sebagai umat islam yang patuh dengan suruhanNYA, insyaALLAH pasti tahu menilai mana yang baik dan buruk bagi sesuatu perkara itu. Kita boleh jadikan Al-quran sebagai rujukan kerana semuanya ada terkandung didalam Al-quran.

Untuk mengelakkan mimpi-mimpi yang tidak elok, seelok-eloknya sebelum tidur kita Berwuduk dulu, membaca doa sebelum tidur  

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوت
Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

InsyaALLAH, kita akan tidur dengan lena kerana ALLAH SWT. Sebab tidur itu pun satu ibadat. Mudah sungguh cara kita untuk mendapatkan Ganjaran dariNYA... :) Semoga tidur-tidur kita nanti tidak terganggu oleh mimpi-mimpi yang boleh melalaikan diri kita..insyaALLAH....


~MIMPI KADANG KALA INDAH TAPI AMAT PERIT UNTUK DIINGATI, TAKUT MIMPI ITU MAINAN TIDUR SEMATA-MATA~

Sunday 8 January 2012

CikGu Oh GuRu

Siapa kata tanggungjawab seorang guru mudah??
Tepuk dahi, tanya akal.. ^-^

Kalau dari pandangan kasar memang tugas-tugas guru ni mudah, tapi disebalik kemudahan itu terpalit kepayahan dalam melaksanakan tugasan. Tapi itu semua cabaran. 
Bagi Guru-guru moh kite sahut cabaran itu!!!!

Ada terbaca spesifikasi kerja guru yang dipost oleh Encik 'Rajnikan' kat FB, menarik juga tapi ada lagi tugas-tugas guru yang lain. Ini tugas-tugas yang WAJIB telah dipost oleh beliau di wall FB saya:

______________________________________________

SPESIFIKASI KERJA SEORANG GURU(24/7):
1. Menulis rancangan mengajar (RPH)

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong, kadang-kadang guru perlu bawa semua alatan
______________________________________________

Ada 33 tugasan yang sudah dikenalpasti.masih ada yang belum disenaraikan. Itu adalah tugasan yang WAJIB. Belum termasuk tugasan secara tidak langsung, seperti:

1. Menjadi dealer untuk sesuatu produk (Avon, Cosway, Amway)

2. Penjual kain pasang yang berjaya (Sebelum dan selepas waktu persekolahan mesti ade cikgu yang akan bukak bonet kereta dan cikgu-cikgu yang lain pun berkumpul lah untuk memilih kain)

3. Ariani, LAris manis dan macam-macam lagi lah jenama teudung yang turut dijual oleh cikgu-cikgu sekolah.

4. Buat kuih pastu letak kat kantin atau koperasi (selalu bagi cikgu-cikgu ERT dan KHB lah)

5. Jual minyak wangi (pelbagai saiz)

Menarik bukan aktiviti atau tugasan guru. sebenarnya bukan apa just nak kembangkan perniagaan je...ala rezeki ada dimana-mana aja. Tapi perlu diingat lah tugasan yang wajib perlu dilaksanakan dulu baru boleh buat benda lain. Jangan terlalu taksub mengejar duniawi yang penuh dengan pancaroba.
InsyaALLAH.



~Tugas Yang Mulia Di Sisi ALLAH SWT Ialah Melaksanakan Tugasan Dengan Ikhlas Dengan Niat Kerana ALLAH SWT~


^-^ PEACE ^-^

Wahai Hati BerSaBaRLah


Memujuk hati,
Janganlah gundah gulana...

 Memujuk hati,
Janganlah cepat mengalah...

Memujuk hati,
Janganlah cepat kecewa....

Memujuk hati,
Janganlah berasa sunyi....

Memujuk hati, 
Janganlah risau tentangnya...

Memujuk hati,
Haraplah BERSABAR DENGAN DUGAANNYA..

Kerana segala dugaan dan musibah itu adalah ketentuanNYA, Jadi kita perlu memelihara hati supaya lebihkan bersabar dari sebaliknya. Nescaya, ada ganjaran disebalik kesabaran kita selama ini...InsyaALLAH.


~KESABARAN TERUJI DALAM KEBAHAGIAAN, KEBAHAGIAAN DINIKMATI DALAM KESEDERHANAAN~


^-^ PEACE ^-^


Monday 2 January 2012

La TahzaN


La Tahzan,satu ungkapan yang cukup popular terutama dalam kalangan pembaca serta penggiat dakwah Islam.Ungkapan ini menjadi lebih popular apabila seorang penulis, Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni,menerbitkan sebuah buku bertajuk La Tahzan.

Apa itu La Tahzan?
La Tahzan merupakan ungkapan bahasa arab yang bermaksud jangan bersedih. 

Mungkin adakala kita terpaksa menangis untuk hadapi setiap ujian.Namun dari segi pandangan saya,menangis apabila diuji sememangnya bagus kerana waktu itulah kita merasakan diri kita ini adalah hamba yang lemah lantas memohon kekuatan kepadaNya. Hubungan dengan Allah (Hablu Minallah) juga akan kembali erat.

DOA LA TAHZAN (DOA KETIKA BERSEDIH):


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ
بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ،
أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ،
أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.” 

(HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih)
 
 
Mohonlah doa kepada Allah apabila kita menghadapi musibah dan ujian. Bukankah Allah amat menggalakkan kita berdoa seperti yang terkandung dalam surah al-Mukminun ayat 60:

"Berdoalah kamu kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu".
____________________________________________



~Ketika Kita Bersedih Kita Tidak Keseorangan Kerana Kita Berteman~
 
 

PaTieNce

"Apabila Kita Tenang Dalam Menerima Takdir-NYA; Sama Ada Kita Sukai Atau Tidak Sukai, ALLAH SWT Pasti Akan Memberikan Ganjaran Mahupun Hikmah Terbaik Berkat Dari Kesabaranmu Itu.."


~Bersabarlah Wahai Hati, Satu Hari Nanti Pasti Kau Akan Jejak Bahagia~

PRaiSe To ALLAH



Salam Blogger,
Satu permulaan yang baik bagi tahun 2012. 
Syukur ada sinar untukku bagi mengapai bintang yang tinggi  diatas sana.
ALHAMDULILLAH.


KEPUTUSAN TEMUDUGA
DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP

"Jika Itu Rezeki buatku, KAU berikanlah ia untukku walau apa cara sekali pun"
Amin ya rabbal al-amin.


~Berkat Doa bersama pasti ada ganjaran dariNYA~