:: BinGKiSaN DoA ::

DOA DIA UNTUK KU
Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya. Dan ya ALLAH yang tercinta, gantilah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkanlah aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang telah ENGKAU takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.

Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.

AMin Ya Rabbal A'lamin


Sumber dari: Alaf 21