Sunday, 8 January 2012

CikGu Oh GuRu

Siapa kata tanggungjawab seorang guru mudah??
Tepuk dahi, tanya akal.. ^-^

Kalau dari pandangan kasar memang tugas-tugas guru ni mudah, tapi disebalik kemudahan itu terpalit kepayahan dalam melaksanakan tugasan. Tapi itu semua cabaran. 
Bagi Guru-guru moh kite sahut cabaran itu!!!!

Ada terbaca spesifikasi kerja guru yang dipost oleh Encik 'Rajnikan' kat FB, menarik juga tapi ada lagi tugas-tugas guru yang lain. Ini tugas-tugas yang WAJIB telah dipost oleh beliau di wall FB saya:

______________________________________________

SPESIFIKASI KERJA SEORANG GURU(24/7):
1. Menulis rancangan mengajar (RPH)

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong, kadang-kadang guru perlu bawa semua alatan
______________________________________________

Ada 33 tugasan yang sudah dikenalpasti.masih ada yang belum disenaraikan. Itu adalah tugasan yang WAJIB. Belum termasuk tugasan secara tidak langsung, seperti:

1. Menjadi dealer untuk sesuatu produk (Avon, Cosway, Amway)

2. Penjual kain pasang yang berjaya (Sebelum dan selepas waktu persekolahan mesti ade cikgu yang akan bukak bonet kereta dan cikgu-cikgu yang lain pun berkumpul lah untuk memilih kain)

3. Ariani, LAris manis dan macam-macam lagi lah jenama teudung yang turut dijual oleh cikgu-cikgu sekolah.

4. Buat kuih pastu letak kat kantin atau koperasi (selalu bagi cikgu-cikgu ERT dan KHB lah)

5. Jual minyak wangi (pelbagai saiz)

Menarik bukan aktiviti atau tugasan guru. sebenarnya bukan apa just nak kembangkan perniagaan je...ala rezeki ada dimana-mana aja. Tapi perlu diingat lah tugasan yang wajib perlu dilaksanakan dulu baru boleh buat benda lain. Jangan terlalu taksub mengejar duniawi yang penuh dengan pancaroba.
InsyaALLAH.



~Tugas Yang Mulia Di Sisi ALLAH SWT Ialah Melaksanakan Tugasan Dengan Ikhlas Dengan Niat Kerana ALLAH SWT~


^-^ PEACE ^-^

2 comments: