Tuesday, 20 December 2011

CiNTa Aku MaHAL




Nilai sebuah CINTA terletak pada keikhlasan hati budinya menerima pasangan kita seadanya.

Cinta bukan hanya berlandaskan nafsu semata-mata ianya berpaksikan kejujuran, keikhlasan, saling mempercayai satu sama lain dan sanggup menerima dia seadanya dan yang paling penting ianya cinta kerana ALLAH SWT... :)

Nilai CINTA dianggap MURAH sekiranya ia tidak mempunyai keikhlasan dan ia hanya ingin mempermainkan perasaan seseorang individu itu sendiri.

~Perasaan cinta ialah nikmat untuk dirasai bukan untuk dikhianati~

CINTA YANG DIANGGAP MURAH:

1. Berdua-dua di tempat yang sunyi
2. Cinta berlandaskan nafsu semata
3. Mengajak pasangan melakukan maksiat
4. Meminta pasangan (wanita) membuka aurat
5. Berjumpa ditempat-tempat yang boleh menimbulkan syak wasangka
6. Bercinta bukan untuk mengahwini pasangannya
7. Mudah termakan pujuk rayu pasangan
8. Hubungan tidak direstui keluarga

Murahnya nilai cinta kepada pasangan kamu. Tidak rasa kah diri kita kejam dan jahil yang boleh melukakan hati dan perasaan pasangan kita. Sekiranya ianya terjadi, masyaALLAH..Kita harus mempertahankan nilai cinta kita dan dipandang suci dimataNYA.

Tetarik dengan ayat yang telah diberikan oleh emak saya (Puan Siti Fadzillah Mohammad Noor) :
~Takpa lah, Jika dia mengecewakan perasaan kita, pasti dia akan dikecewakan kelak~

Betul kan? Jadi renungkanlah nilai cinta yang dicari semestinya mahal dan ianya diletakkan di puncak yang tinggi selepas CINTA kita pada ALLAH SWT.

CINTA YANG DIANGGAP MAHAL:

1. Cinta kerana ALLAH SWT
2. Kurang bertemu
3. Saling mempercayai
4. Mengajak pasangan kearah kebaikan (Solat, puasa dsb)
5. Bercinta dengan niat untuk mengahwininya untuk menjadi lebih halal
6. Ikhlas, Jujur dan bertolak ansur
7. Hubungan direstui keluarga
8. Amanah dalam perhubungan

Wahh...indah bukan kalau nilai cinta kita Mahal? semuanya akan diberkati dan direstui oleh ALLAH SWT. InsyaALLAH.

 ** Cinta aku mahal....jika dia boleh memberikan cintanya kepada ku,

Cinta aku mahal...jika niatnya ingin mengahwiniku,

Cinta aku mahal...jika hubungan kami direstui,

Cinta aku mahal...jika dia ikhlas, jujur dan amanah dalam hubungan kami,

 Cinta aku mahal..jika dia dapat membimbing ku di dunia dan akhirat,

Dan yang paling utama, 
Cinta aku mahal...jika cintanya hanya kerana ALLAH SWT.**


Sabda Rasulullah SAW:

"Gambaran kehidupan orang yang beriman adalah dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam"

Cinta itu indah!
Ia suatu kurnia untuk mereka yang dapat memahami di sebalik keindahannya, iaitu tuntutan rasa kesyukuran. Kerana, apalah erti cinta jika akhirnya ia mati lalu menjadi bahana pada kehidupan di alam 'sana'?

Sama-sama ambil ikhtibar untuk mencari cinta yang mahal itu CINTA KERANA ALLAH SWT, sebab itu sangat bermakna pada seorang hamba seperti kita. 


~Kerana Cinta; yang pahit dan manis dapat dirasai, kerana cinta; rasa bahagia biarpun sengsara, adanya cinta; di situ rindu pun bermula~



No comments:

Post a Comment