Friday, 23 December 2011

SKanDaL HaTi

" (Iaitu) Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati dengan ZIKRULLAH, ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH SWT itu, tenang tenteramlah HATI manusia "
-Ar-Ra'ad (28) -


Banyak pekara yang boleh kita kaitkan dengan HATI.

 Ada yang olahkan perkataan "HATI" :
dalam puisinya,
dalam sajaknya,
dalam pantunnya,
dalam ceritanya,
dalam cerpennya,
dan dalam DOAnya.
 

Dari HATI semuanya akan bermula. Dan dari hati jugalah kita akan dapat memuaskan segala keinginan kita sama ada ianya kebahagiaan atau keperitan. Jadi, ada dikalangan kita yang menggunakan gerak hati dalam menentukan keputusannya kelak. Itulah Hati.

Penting bukan HATI dalam kehidupan kita seharian?

Adakala, kehidupan kita mudah musnah oleh jalan cerita yang kita bina sendiri disebabkan oleh gerak hati yang salah. Kenapa kita tidak mintak pertunjuk dariNYA? Mungkin keputusanNYA lagi tepat dari gerak hati yang kita rasa sendiri.

Bayangkan begini, tatkala kita seorang diri, semuanya lebih sempurna dan menenangkan. Suatu hari, datang seseorang dalam hidup kita. Maka, kita terpaksa berfikir juga untuk dirinya, meramal-ramal perasannya dan menjaga hatinya. Tanya hati kecil kita, adakah kita sanggup menerimanya? Jika dia sempurna dalam semua hal kita lebih cenderung untuk menerimanya. Tapi kalau sebaliknya perlulah menggunakan khidmat ALLAH SWT sebagai AGEN PETUNJUK... :)

Tapi itulah HATI, apabila apa yang kita inginkan berada di depan mata, kita tetap inginkan yang lebih sempurna. Hati berteka-teki lagi. Membuatkan manusia jadi tidak menentu sekiranya hati tidak tetap dalam membuat keputusan. Pelbagai aspek dipertikaikan sedangkan yang baik ada didepan mata.

Tertarik dengan kata-kata Dr. HM Tuah Iskandar al-haj:
~Setelah segala-galanya telah diperolehi, jika masih terasa kurang, sebenarnya anda hanya kekurangan hati~

Ianya boleh dikaitkan seperti : (hendak mencari kereta yang langsung tiada masalah, tidak akan jumpa; hendak mencari manusia 100% menepati cita rasa kita mungkin juga tidak jumpa)

Itu Tandanya HATI kita masih tidak tetap pendirian dalam membuat sesuatu keputusan. Sebelum apa-apa Kita perlu check hati kita dulu..


UBAT HATI:

1. Baca Al-quran dan maknanya
2. Solat malam dirikanlah
3. Berkumpullah dengan orang soleh
4. Perbanyakkanlah berpuasa
5. Amalkan zikir pada waktu malam

~PEACE~



No comments:

Post a Comment