"Anda didakwa kerana mengabaikan seekor kucing betina berwarna hitam dan putih, seekor kucing jantan berwarna kuning dan putih, seekor kucing betina campuran warna kelabu, putih dan kuning serta seekor kucing jantan berwarna putih dan hitam. Anda disaman dan didenda sehingga RM38,000 atas kesalahan tersebut" -Jabatan Perkhidmatan Haiwan- (Dakwaan dibuat mengikut seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali-Kosmo 27 Feb 09)
Kesalahan yang kita rasa sangat remeh dan ianya seperti tidak masuk akal tetapi ianya terjadi. Mengabaikan haiwan? Sama berat dengan kita mengabaikan anak-anak kita sendiri. Hebat bukan?. Kasih sayang bukan hanya pada sesama manusia sahaja tetapi juga terhadap haiwan. Dan andaikan rasa belas terhadap haiwan itu dituntu, apatah lagi terhadap manusia.
Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:
"Rasulullah SAW melarang perbuatan melagakan binatang" - Tirmidzi dan Abu Daud-
Selama mana anda merelakan diri menjadi "keluarga angkat" kepada haiwan peliharaan anda (seperti: kucing, hamster, ikan hiasan, iguana, tikus putih dan sebagainya), maka, anda mesti memeliharanya dengan baik kerana jika mengabaikannya, ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah salah disisi agama.
Sikap penyayang kita terhadap haiwan membuktikan yang anda merupakan orang yang penyayang terhadap manusia dimuka bumi ALLAH SWT.
~Sayang dan kasih pada manusia biarlah berpada-pada kerana kasih pada ALLAH SWT patut dilebihkan daripada segala-galanya kerana ALLAH SWT tidak pernah menolak dan mengecewakan hati hamba-hambaNYA~
____________________________________________________________
* Salah satu kucing kesayangan Rasulullah SAW ialah Muezza (Muazza). Diriwayatkan ada suatu ketika sewaktu baginda ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan tetapi si Muezza sedang nyenyak tidur di bucu jubahnya.
Baginda tidak mengejutkannya, tetapu memotong bahagian yang digunakan si Muezza sebagai lapik tidurnya. Sesudah kembali ke rumah, baginda melihat si Muezza seperti kesal dan seolah-olah cuba memohon maaf atas perbuatannya. Itu membuktikan yang haiwan peliharaan juga bagaikan ada perasaan untuk diambil kira.
Baginda ada tikanya, membawa si Muezza bersama-sama ke majlis dakwahnya dan meletakkannya di pangkuan baginda sambil berdakwah. Malah bagi anda yang telah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing. Dikatakan setiap masuk waktu solat, kucing akan berkumpul disitu. SubhanALLAH...Indah bukan? *
______________________________________________________________
~Warnailah hidup dengan kejujuran terhadap diri sendiri, orang-orang yang berada hampir dengan kita dan haiwan-haiwan peliharaan kita sebab itulah yang sebenarnya akan mengammbarkan siapa kita sebenarnya~
No comments:
Post a Comment