Thursday, 22 December 2011

CiNta TiDak BerSeBaB


Cinta Suci sudah semestinya tidak memerlukan sebab. Walau ada ketikanya kita mengatakan semua yang kita lakukan ada sebabnya, tapi bagi CINTA ianya tidak memerlukan sebab yang sahih. Kerana cinta lahir dengan sendiri dan ianya kerana ALLAH SWT.

Jika ada sebab, kesucian cinta itu boleh dipertikaikan. Boleh mengambil cantik sebagai sebab, suara yang merdu sebagai sebab, bentuk tubuh sebagai sebab, warna kulit yang putih gebu sebagai sebab, alis mata yang cantik sebagai sebab dan senyuman manis sebagai sebab. Namun sebenarnya, cinta suci tidak memerlukan itu semua.
____________________________________________________________________

CINTA SUCI TIDAK MEMERLUKAN SEBAB:


Isteri : Abang, nak tahu tak kenapa saya menyukai  abang?

Suami: Hmm..Abang tak perlu tahu.

Isteri: Abang perlu tahu jugak.

Suami: Takpa lah. Awak simpan jela. Biar ianya rahsia.

Isteri: Kenapa abang taknak tahu kenapa saya menyukai abang?

Suami: Hmmm...Biar ianya rahsia.

Isteri: Kenapa rahsia pula?

Suami: Kalau abang tahu nanti, abang akan sedih.

Isteri: Sedih? Kenapa abang perlu sedih pula?patutnya abang gembira kalau abang tahu kenapa saya suka kan abang.
Suami hanya senyum mendengar celoteh sang isteri. Pasti dia akan tahu kenapa aku tidak mahu mengetahui apa sebabnya dia menyukai aku.

Selang beberapa hari si suami mengalami kemalangan. Akibat dari kemalangan itu dia mengalami kecederaan yang teruk di kepala dan muka. Kecacatan kekal mungkin dialami oleh suaminya.

Suami: Awak, masih menyukai abang?

Isteri: Hmmm..(menanggis)

Suami: Kenapa awak tak jawab soalan abang? Awak masih menyukai abang lagi?

Isteri: (menganggukkan kepalanya)

Suami: Susahkan sekarang? Itu sebabnya abang tak nak tau kenapa awak menyukai abang dulu. Sekarang? mesti awak dah tak sukakan abang bukan?

Isteri: (Airmatanya mengalir deras)

Suami:  Abang tahu awak sukakan abang sebab mata  abang kan? Awak pernah kata dulu masa mula-mula kita berjumpa awak sukakan mata abang. Awak kata mata abang cantik.

Isteri: (Masih tersedu-sedu menanggis mendengar cerita suaminya)

Suami: Sekarang, mata abang dah tak boleh guna. Cantik saja tapi tak boleh berfungsi. Awak masih sayangkan abang?

Isteri: Abang, saya mintak maaf. (lalu memeluk si suaminya)

Jika cinta memerlukan sebab, abang mungkin ditinggalkan oleh awak. Jadi, jangan mencari sebab kenapa kita mencintai seseorang itu. 

**Ingatlah, orang yang mudah memuji juga akan mudah mengeji. Sesungguhnya cinta suci tidak pernah memerlukan sebab. Takut lambat laun akan termakan diri kita sendiri. (Ingat, ketika kesemua ciri ini telah tiada, dia mungkin akan melupakan kata-katanya itu)

Renungkanlah:
~Cinta Itu Keagungan Seorang Manusia~


No comments:

Post a Comment