Sunday, 18 December 2011

Cinta Orang Cantik & Kacak Longgar


Cantik dan Kacak pada luaran saja....dalaman?? kacak juga ke? Cantik juga ke?
Tidak disangkal lagi, manusia suka memandang benda yang cantik atau kacak di depan mata. 
Tapi adakah cantik atau kacak itu dapat memenuhi kebahagiaan kita di dunia ini?
Cantik atau kacak itu tidak menjadi keraguan...yang menjadi keraguan sekarang ialah...."cantik atau kacak" ke tidak dalaman mereka??? 


Ramai di antara kita akan mencari pasangan:

"lawa macam lisa surihani", "cantik macam maya karin", "sopan macam siti rafidah ibrahim" dan "seksi macam fasha sandha" - itu kalau bagi kaum adam lah yang ingin mencari pasangan....

Kalau bagi kaum hawa pula:
"Hensome macam remy ishak, "romantik macam aaron aziz", "kelakar macam zizan rajalawak" dan "bergaya macam shaheizy sam".

Kan best kalau apa yang kita inginkan itu tercapai...Hehehehe
Tapi sebelum kita ingin memilih pasangan lihat pada diri kita terlebih dahulu...adakah kita ada ciri-ciri untuk menjadi wanita solehah dan lelaki soleh dimata orang lain. Dan kita perlu mengkaji dan mengenali isi hati pasangan sebelum cinta yang ikhlas hadir berputik dengan sendiri. Takut nanti termakan diri. 

Biar luaran (fizikal) dan dalaman (mental/sifat) sama-sama seimbang yang dapat membimbing kita di dunia dan akhirat kelak. insyaALLAH. 

Apabila kita menggunakan istilah "orang cantik" dan "orang kacak" yang biasa orang ramai gunakan. Sedangkan pada saya ianya satu anugerah yang tidak terhingga dari ALLAH SWT dan ianya perlu dijaga jangan sampai kita terlalai dan terleka dengan semua itu. Hakikatnya setiap orang adalah "cantik" dan "kacak" sebab setiap orang adalah ciptaan ALLAH SWT. Bahkan, kecantikan itu tidak boleh diukur melalui wajah semata-mata.



Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya, ALLAH SWT itu Maha Indah dan ALLAH SWT suka kepada keindahan"

Keindahan sebenar adalah apabila kita dapat mensyukuri apa-apa yang ada pada kita dan memeliharanya baik-baik sebagai modal untuk kebahagiaan sebenar "di sana" kelak. :)


Tertarik dengan sabda dari Rasulullah SWT: 
"Sesungguhnya ALLAH SWT tidak memandang kepada paras rupa dan harta benda kamu tetapi ALLAH SWT hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu" (Muslim)

Niat hati yang suci dan ikhlas akan menjadi kunci dalam sesuatu ikatan persahabatan...insyaALLAH... :)
Cinta dari golongan cantik dan golongan kacak ini tidak lah longgar cuma mereka perlu ikhlas dan faham tentang cinta yang berlandaskan islam dan ianya wajiblah cinta kerana ALLAH SWT.

Ada sesetengah individu  yang berpendapat cinta dari golongan cantik dan kacak ini hanyalah permainan semata-mata. Itu tidak benar. Tapi ianya perlu lah dinilai dari segi sikap dan perwatakan individu itu sendiri. Bagi pendapat saya, sekira nya seseorang itu mempunyai pasangan yang dari golongan cantik dan kacak ini,  adalah satu bonus untuk mereka. Dan bagi golongan cantik dan kacak yang inginkan keseronokan semata-mata, mereka perlulah mengubah nawaitu mereka untuk lebih diberkati dan diredhai olehNYA...insyaALLAH

No comments:

Post a Comment