Istilah "Couple" biasa kita akan dengar di zaman persekolahan. Dulu kalau dikenangkan kembali setiap pelajar pasti ada "couple"nya. Bila dah besar ini, teringat balik kisah dulu pasti akan tersenyum mengenang kembali gelagat waktu zaman sekolah..
Tapi cik penulis tak ber"couple" masa sekolah ye. Fokus belajar katanya..hehehe(rindu pula rasa nak ke zaman sekolah dulu)
Orite, saya pernah terbaca dan mendengar ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus yang dalam syarahannya ada menyentuh isu "Couple" ini.
Dia ada mengatakan:
~HARAM mengambil seseorang wanita sebagai kekasih jika niat bukan utk mengahwininya~
Terkesima dengan ayatnya. Memang tepat sekali. Totally HARAM!!. Kalau inginkan berkasih-kasihan tanpa mempunyai nawaitu yang tidak sahih, maka janganlah bercinta sebab ini akan melukakan hati pasangan anda itu sendiri.
Kebiasaanya, fenomena Ber"Couple" ni ada berlaku di IPT (universiti). Bagi saya, bercouple selagi tidak melakukan perkara-perkara yang salah mengikut syariat islam bukanlah masalah. Yang salah, apabila bercouple lalu berbuat macam-macam perkara yang menyalahi syariat agama, sudah tentulah salah.
(Didada-dada akhbar, banyak isu-isu yang membabitkan remaja yang terlanjur dan melahirkan anak luar nikah. MasyaALLAH. Sudahlah terlanjur, malah membunuh pula tu. Mana kan tidak, lepas melahirkan bayi yang tidak berdosa itu, mereka sanggup membuangnya di tempat-tempat yang tidak sepatutnya..Nasuzubillah Min zaliq....)
"Couple" yang betul dan suci tiada masalah sebab ia fitrah manusia. Tiada manusia yang boleh hidup seorang diri. Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnkan putaran hidup. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan. Moga-moga kekal hingga ke sudah. InsyaALLAH..
Adakalanya "couple" boleh juga dijadikan Booster untuk kita lebih maju dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan kalau kena dengan cara yang betul. Malah boleh meningkatkan keimanan jika ALLAH SWT menjadi sandaran.
Ber"Couple" dengan iman pasti membawa keberkatan dalam perhubungan dan akhirnya pasti kebahagian akan muncul dengan direstui oleh pelbagai pihak.
"Couple" yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cintayang semakin mengelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah yang paling berbahaya.
Indahkanlah detik bercinta anda. Perasaan sayang, kasih dan menyukai adalah lumrah dalam diri setiap manusia. Namun, perasaan itu hendaklah diterjemah mengikut saluran yang diizinkan syarak. Apabila seseorang jatuh cinta, dia dibenarkan melihat pasangannya mengikut batas syarak.
Ingatlah pesanan Rasulullah SAW.:
"Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah paling berbahaya keatas lelaki yang melebihi fitnah dari wanita."
(Bukhari dan Muslim daripada Usamah r.a.).
*BerCouple untuk menambah dan meningkatkan keimanan, ia bukannya satu kesalahan*
No comments:
Post a Comment