Thursday, 15 December 2011

"Survive" Dalam Mencari Cinta Suci



Gadis A: Aduhh.....Apa aku nak buat sekarang?
Gadis B: Bosan lah Hidup sorang-sorang...kalau ada "pakwe" kan bagus...
Gadis C: Syok tengok pasangan tu...secocok je....aku??sigh~~
Gadis D: Kalau pergi tengok wayang best ni...cerita "Ombak Rindu"..kan lagi best kalau dapat tengok dengan 
               buah hati....hmmm...:(
Gadis E: Ala...rileks sudah....kalau takde pasangan pun takpe...keluarga aku tetap ada...allah pun ade gak....
              still gak aku rasa bahagia....:)

Keluhan demi keluhan yang sering kita dengar dari kaum hawa yang perlukan pasangan hidup disisi mereka. Memang tidak dinafikan kaum hawa memerlukan kaum adam disisi mereka. mereka saling melengkapi. Tapi masih ramai yang tidak sedar, sejak kita dihembuskan roh pada jasad ketika di dalam rahim ibu, semua nya telah tercatat segala rencana ALLAH SWT untuk kita didunia ini.

Rezeki, Jodoh, Ajal dan Maut semuanya telah tertulis. Cuma yang menjadi persoalannya ialah MASA. Masa nya bakal tiba..Tapi kita tidak mengetahuinya. Allah Swt Bagi kita peluang untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA...supaya kita selalu mengingatiNYA..tidak kira kita dalam keadaan susah atau senang, gembira atau duka dan sebaliknya. Kita bersyukur kita pada hari ini telah menjadi diri kita yang sebenar dan masih mampu bernafas dimuka bumi Allah SWT.

Bagi Kaum hawa yang menginginkan pasangan yang baik dari segi agama dan tingkah lakunya, maka kaum hawa perlu memperbaiki dirinya terlebih dahulu. tanggungjawab yang besar perlu dipikul setelah bergelar isteri kepada kaum adam.

ALLAH SWT telah berfirman dalam Al-quran mengenai sifat-sifat seorang isteri solehah maksudnya:

"Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada ALLAH SWT dan suaminya) dan memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama dengan pemeliharaan ALLAH dan pertolonganNYA" - Surah An-Nisaa', 34-

Bagi wanita bujang yang masih tertanya-tanya siapakah insan yang bernama Lelaki yang dapat membahagiakan dirinya hanya kerana ALLAH SWT jangan putus berdoa. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Penulis tertarik pada ayat yang telah ditulis oleh Dr. TM Tuah Iskandar al-haj yang menyebut:

"Mengapa kita mesti perlu bersedih atau terperangkap dalam dunia kesedihan? sedangkan alam begitu luas untuk kita bergembira didalamnya"

Begitu indah maksud yang ingin disampaikan oleh beliau. jangan dikenang benda yang telah berlalu, kerana esok masih ada untuk kita meneruskan perjuangan bagi mencari keredhaan ALLAH SWT. InsyaALLAH..

No comments:

Post a Comment