Tuesday, 27 December 2011

HiDuP iBaRaT PuZzLe


Puzzle ibarat hidup? Hidup ibarat puzzle?

Semua perkara yang kita lalui, adalah berkait rapat di antara satu sama lain. Sebagai contoh yang boleh dilihat di sekeliling kita ialah dari sudut:

Percintaan - antara adam dan hawa
Kasih sayang - antara suami dan isteri
Bertolak ansur - antara adik beradik
Kekeluargaan - antara anak dan ibubapa
Kesenangan - antara harta dan tenaga manusia
Pertalian - antara manusia dan saudara mara

Kesemuanya mempunyai peranan yang penting dan berbeza-beza dalam mencantumkan "puzzle hidup" bagi setiap individu. Ianya seperti permainan "puzzle" yang mengkehendaki mencantumkan keratan-keratan gambar atau sebaliknya dengan betul mengikut kesesuaian. 

Jika, kurang diantara keratan tersebut maka, tidak sempurnalah "puzzle" hidupnya, tetapi jangan anggap itu satu kegagalan kerana peluang terbuka luas diluar sana untuk kita mendapat yang TERBAIK dari yang sebelumnya. InsyaALLAH..:)

Macam kehidupan manusia, kitalah yang mencari keratan-keratan  itu untuk dicantumkan bagi hidup kita lebih sempurna tanpa ada yang tersinggung.  Keratan-keratan itu berada dipersekitaran kita dan kita perlu gali dan usaha untuk mendapatkan keratan yang terbaik untuk dicantumkan dalam diari hidup manusia.

Kebiasaannya, ada halangan disebalik keratan-keratan tersebut. Jadi, kitalah yang perlu berusaha untuk mendapatkannya sekiranya dengan izin ALLAH SWT. Jika, keratan itu bukan milik kita, redha dan pasrahlah kerana ALLAH SWT. Kerana, setiap keratan yang telah ditetapkan untuk kita adalah keratan YANG TERBAIK untuk diri kita kelak. 

 Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut, nescaya dia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal"
(Muslim)

Sesungguhnya itulah cabaran yang menguji tahap kesabaran kita dalam mencari keratan-keratan hidup yang boleh membantu menyempurnakan kehidupan agar lebih sempurna dengan izinNYA. Dan, kebaikan akan diberi olehNYA sekiranya dia melakukan dengan keikhlasan hati kerana ALLAH SWT. 

Anggaplah hidup seperti permainan yang tiada pemenangnya kerana kita sama-sama mengejar untuk menang di AKHIRAT kelak...InsyaALLAH...


No comments:

Post a Comment