Ujian Dari Maha Pencipta Kita iaitu ALLAH SWT....
Bertapa Perit Tatkala Kita Dilanda Ujian Dari NYA..
Tidak Kira Apa Jenis Ujian Dari NYA...
~Kita Kena Redha ~
Tidak Kira Apa Jenis Dugaan Dari NYA..
~Kita Kena Redha~
Tidak Kira Apa Jenis Musibah Dari NYA..
~Kita Kena Redha~
Semua Ujian Dari NYA Adalah PASTI...
Pasti Itu Hakiki....
Itu Tandanya ALLAH SWT Sayang Kan Kita Sebagai MakhlukNYA...
"Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza Wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan"
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
No comments:
Post a Comment