Salam,
Cik penulis bukan mahir tentang cinta dan juga bukan Doktor cinta, tapi belajar dari pengalaman cinta rakan-rakan seperjuangan... :) Berkongsi itu menyayangi antara satu sama lain..
Persoalan cinta bukan boleh dibawa main, ia menuntut kepada kefahaman yang mendalam tentang CINTA yang berlandaskan islam. Dan ianya WAJIB kerana ALLAH SWT. Bukan NAFSU semata-mata.
CINTA, ada yang berkekalan dan ada juga berpisah. Jika berkekalan Alhamdulillah kiranya ALLAH SWT memberkati hubungan mereka dan Jodoh mereka sudah sampai untuk menjadi lebih halal. Dan bagi yang berpisah di tengah-tengah perhubungan, jangan berasa gusar dan kecewa....
Sentiasalah ingat pesan Rasulullah SAW:
"Seseorang itu akan dihimpunkan (di Mahsyar) bersama-sama orang-orang yang dicintainya" (Bukhari dan Muslim)
Ada sebab atau hikmah ALLAH SWT jadikan sesuatu itu. Kenapa ada perpisahan di tengah-tengah perhubungan?? Sedangkan Dua-dua sedang asyik memadu rasa cinta? Pelik bukan?...
"Selamilah cinta untuk melihat keindahan yang tersembunyi daripada penglihatan dan pengetahuan anda sekian lama" - Dr. HM Tuah Iskandar al-haj
Semuanya telah ditentukan olehNYA. Usah lupakan ALLAH SWT dan sentiasalah letakkan DIA di puncak yang teratas, Nescaya anda akan selamat dan tenteram dalam semua keadaan. InsyaALLAH.
Tatkala anda gembira, kita akan sedar bahawa kegembiraan itu datangnya daripada ALLAH SWT juga. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniaankan olehNYA. Tidak kira, rezeki dalam kerjaya, rezeki anak, rezeki harta benda, rezeki makanan, rezeki pasangan dan sebagainya.
Pada saat diduga dengan ujian dariNYA pula, kita pasrah lah kepadaNYA dan bersyukur dengan apa yang direncanakan untuk kita dimuka bumi ini...Ingat lah ALLAH SWT sentiasa menyayangi kita...:)
Ingatlah, cinta kepada ALLAH SWT perlulah diletakkan di puncak yang tertinggi di dalam hati kita sebelum kita mencintai apa-apa selainNYA. Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yag indah lagi suci.
Jangan di tanya siapa yang menyayangi kita ketika kita dalam kesedihan, kesunyian...ingatlah ALLAH SWT ada disamping kita dan menyayangi sekalian makhlukNYA....:)
DAN...
Ingatlah DIA ketika kita dalam kebahagiaan dan kegembiraan. Sesungguhnya, ALLAH SWT memberikan nikmat itu adalah yang terbaik untuk kita...
Bersyukur, Redha & Pasrah~~~
Dari Dr. HM Tuah Iskandar al-haj:
~Cintai ALLAH SWT hidup menjadi indah. Cintai manusia tidak semestinya hidup menjadi selesa dan bahagia. Jika pun harus bercinta dengan manusia, jadikan cinta kepada manusia itu untuk menuju kecintaan abadi dan suci terhadap ALLAH SWT~
No comments:
Post a Comment