Friday, 23 December 2011

"BoNus" DaRi Allah





Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: 
“Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” 
Katakanlah: 
“Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.






"Alhamdulillah"

Perkataan yang akan muncul setelah kita meraih atau mendapatkan sesuatu yang diimpikan.
Betul! Itu namanya REZEKI atau BONUS dari ALLAH SWT. Kita perlu bersyukur.

Kebiasaanya, hujung tahun bagi sesiapa yang bekerja akan diberikan Saguhati atau Bonus dari syarikatnya. (Wahh rezeki lagi...alhamdulillah). Tapi, kita perlu beringat kenikmatan itu ALLAH SWT akan tarik sekiranya kita masih tidak mengingatiNYA dan tidak bersyukur dengan pemberianNYA.

Banyak perkara yang perlu di langsaikan seperti bayar duit kereta, duit rumah, bil-bil tertunggak, beli baju sekolah anak-anak (bagi yang sudah berkeluarga), duit beli barang dapur, dan sebagainya. Rasanya kalau di senaraikan apa yang perlu dilangsaikan pasti penuh page ni...:) Itu semua kewajipan kita untuk melangsaikan segala yang tertunggak. Tapi perlu diingatkan DIMANAKAH KEBERKATAN REZEKI YANG DIBERIKAN OLEHNYA KEPADA KITA??

Adakah kita menggunakan rezeki tersebut ke jalan yang sepatutnya?
Sebak tatkala mendengar Mak saya berkata:
"Mak nak masukkan duit yang abang kau bagi kat tabung haji, boleh pergi haji. Berkat sikit rezekinya."

Yup! Menghulurkan sedikit dari rezeki kita kepada kedua ibu bapa kita adalah BONUS yang tidak terhingga kenikmatannya. Alhamdulillah. Berkat doa ibu bapa kita untuk kita selama ini pasti dibalas. Bukan wang ringgit menjadi ukuran tetapi, menghargai dan dihargai itu penting dalam berkongsi rezeki. 

InsyaALLAH dengan menghulurkan rzeki kepada kedua ibu bapa kita nescaya berkat rezekinya akan dirahmati dan diredhai oleh ALLAH SWT. Besar pahalanya sekiranya kita berkongsi "BONUS" dengan mereka. "BONUS" didunia dan juga akhirat kelak. InsyaALLAH..

Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
"Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui"

Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah:
“Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"


Ingatlah, kita perlu tetap bersukur dengan apa yang dilimpahkan dariNYA, moga segala rezeki kita dirahmati dan HALAL disisiNYA. InsyaALLAH. Amin ya rabbal al-amin~

No comments:

Post a Comment