Monday, 19 December 2011

Memperluaskan Rezeki



Dunia sekarang banyak memerlukan wang ringgit untuk perlbagai tujuan. (Ingin ke tandas awam pun dikenakan bayaran RM 0.30 - RM 0.50). Biasalah Duniawi. Tapi mungkin ada sebab atas apa yang mereka tetapkan. 


 
Ringgit? Dollar? Yen? Baht? Ruppiah? Dinar? 
Semua itu adalah matawang asing bagi negera-negara tertentu. 
Dari mana datangnya WANG? DUIT?

Itu kalau di teliti dengan pemahaman kasar. Kalau secara halusnya??
Dari mana datangnya REZEKI???
Mesti anda semua dah tahu apa jawapannya bukan...


 

Betul!! Ianya dari ALLAH SWT...




Segala rezeki yang kita nikmati sekarang adalah dari DIA.
Kita perlu bersyukur dan berdoa agar rezeki yang kita perolehi itu diberkati dan diredhai olehNYA...InsyaALLAH..Amin..

 DOA DIMURAHKAN REZEKI:


Amin ya Rabbal al-amin. Moga apa yang kita hajati dan mohon akan termakbul olehNYA....

Pelbagai cara untuk kita bermohon untuk ALLAH SWT membuka pintu-pintu rezeki seluas-luasnya iaitu dengan:

* Banyakkanlah berdoa, sebab doa boleh mengubah takdir
* Berbanyak-banyak mengeluarkan sedekah
* Jika masih mempunyai ibu dan bapa, berbuat baiklah pada mereka. Jika ibu dan bapa telah tiada, berbuat   baiklah dengan mana-mana orang tua. Terutama yang ada pertalian darah
* Beristighfar banyak-banyak. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: " Barang siapa memeperbanyakkan istighfar, maka ALLAH SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka" (ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim daripada Abdulllah bin Abbas)
* Solat Dhuha
* Baca Surah al-waqi`ah. (surah kekayaan)
* Beri makan pada haiwan
* Jangan menyeksa binatang
* Jaga siraturrahim
*Bayar zakat
* Beribadah kepadaNYA
* Tinggalkan perbuatan berdosa
*Buat baik dan tolong orang yang lemah
* Tunaikan hajat orang

InsyaALLAH dengan segala cara yang disenaraikan diatas, kita boleh mendekatkan diri kita dengan ALLAH SWT, moga-moga pintu rezeki kita akan terbuka luas dan diberkati olehNYA..Amin ya rabbal al-amin...

Ingatlah dengan doa dan tawakal yang ada, berusaha lah bersama-sama agar dapat memperolehi rezeki yang diredhai untuk diri sendiri, keluarga, anak-anak dan saudara mara yang lain. Tidak kira payah mana pun kerja yang kita laksanakan insyaALLAH pasti akan ada pulangan yang setimpal..dan yang pasti HALAL di sisi agama islam....:)

No comments:

Post a Comment