Kita selalu gunakan "pencil" & "eraser" ni, biasanya guna time sekolah..Mesti ramai sudah tahu apa kegunaan bagi kedua-dua benda ini kan?
"Pencil" digunakan untuk menulis..
""Eraser" pula digunakan untuk padam tulisan yang kita taknak atau salah...
Tapi, kalau kita apply kedua-dua maksud ni dalam kehidupan kita seharian pasti ada hubung kaitnya. Pasti ramai yang sudah terfikir bukan perkara apa yang boleh kita kaitkan dengan kedua-dua benda diatas.
Kebiasaanya dalam kehidupan kita, "Pensil" itu melambangkan diri seseorang individu. "Pensil" memainkan peranan untuk mencorakkan aktiviti seharian kita dan dikawal oleh akal manusia. (Perkara yang dilakukan oleh manusia direncanakan oleh ALLAH SWT). Jadi, akal manusia lah yang akan menggerakkan "Pensil" untuk membuat sesuatu perkara. Dan dengan "Pensil" juga lah kita boleh melukakan hati seseorang.
Setelah "Pensil" telah memainkan peranannya, maka, tugas "Eraser" menyusul. Memadam perkara yang tidak patut diteruskan. Jika ada perkara yang tidak boleh kita teruskan, maka padamlah ia dengan sebersih-bersihnya kerana risau ianya akan menganggu diri kita. "Erase" segala kenangan atau memori yang telah dibuat oleh "Pensil", takut nanti fikiran kita tergangu, jiwa kita kacau dan akal kita tidak tenteram.
Cik penulis pernah terfikir, kan senang kalau segala kenangan lalu dapat di padam menggunakan "Eraser" yang ada. Pasti Jiwa kita tenang. Tapi apa kan daya, itu semua adalah perumpamaan yang boleh dihubung kaitkan dengan kehidupan kita seharian.
Dan, doalah semoga kita menjadi "Pensil" yang mampu MENCORAKKAN sesuatu perkara yang baik dan dapat membahagiakan hati orang lain tanpa ada yang tersinggung.. InsyaALLAH...
Semoga segala kenangan yang pahit dapat kita PADAM kan dengan "Eraser" yang berkualiti tinggi iaitu :
Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal...InsyaALLAH...
~Amat Sukar Untuk Kita Mengembirakan Hati Semua Orang, MAKA Dengan Doa Sahaja Yang Dapat Dihulurkan Untuk Mengembirakan Hati Mereka~
No comments:
Post a Comment