"Yakinlah Bahawa Orang Yang Mencintai Anda Kerana Sesuatu Akan Meninggalkan Anda Setelah Dia Mendapatkan Anda Setelah Dia Mendapat Sesuatu"
- Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj -
Manusia Tidak Semua Nya Sama. Tidak Kira Dari Segi Sikap, Kelakuan, Perwatakan Dan Pemikiran, Semuanya Berbeza. Kehendak Dan Naluri Sesorang Itu Sukar Digambarkan Dari Luaran. Kita Perlu Menyelami dan Mengenali Beliau Sebelum Kita Melamarnya. Masa Adalah Salah Satu Faktor Yang Menjadi Sesorang Itu Dalam Membuat Keputusan. Keputusan Yang Dibuat Menentukan Masa Depan Mereka. Tapi Yang Pasti, Keputusan Itu Mestilah Mengembirakan Semua Pihak BUKAN Mengembirakan Individu Itu Sendiri.
Sekiranya Mendapat Tentangan Atau Halangan Dari Keluarga, Maka, Individu Itu Perlu Berfikir Secara Rasional. Minta Petunjuk DariNYA Dengan Melakukan Solat Istikharah..InsyaALLAH, Segala Kekusutan Dan Keraguan Akan terjawab. KERANA ALLAH SWT Tahu RAhsia Kita.
PANDUAN SOLAT SUNAT ISTHIKARAH:
Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"
DOA
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْ� عَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ
Maksudnya :
"Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini �. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini �.
Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

*Dengan Solat Isthikarah Ini, InsyaALLAH, Kita Akan Diberikan Petunjuk Dalam Melakukan Sebarang Keputusan. Doa, Usaha, Istiqamah Dan Tawakal Adalah Kata Kunci Dalam Mendapat KeredhaanNYA Didunia Dan Diakhirat. InsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment