ALLAH SWT menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari. Dan di dalam tiap hari-hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang merupakan rahsia keutamaan dari hari tersebut.
Sebagaimana Firman ALLAH SWT bermaksud:
"Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh" - Surah: An-Naba',12.
Rahsia Kelebihan hari AHAD:
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. mengatakan: "Bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang hari ahad, maka baginda menjawab: Hari Ahad adalah hari menciptakan dan memakmurkan. Para sahabat bertanya: Mengapa demikian ya Rasulullah SAW? Rasulullah SAW menjawa: Kerana Hari itulah ALLAH SWT mulai menciptakan dunia dan memakmurkannya."
Perkara yang berlaku pada hari ahad ialah:
1. Tempat jalan bintang-bintang
2. Bintang-bintang yang bergerak
3. Neraka yang bertingkat
4. Bumi yang berlapis
5. Lautan yang besar
6. Anggota tubuh manusia
7. Hari-hari dalam seminggu
Rahsia kelebihan hari ISNIN:
Anas bin Malik ra. berkata kepada: "Rasulullah SAW telah ditanya oleh para sahabat tentang hari isnin. Baginda menjawab: "Hari Isnin adalah hari pelayaran dan perniagaan, Kemudian mereka bertanya lagi. Mengapa demikian Wahai Rasulullah SAW? Baginda menjawab: "Kerana NAbi Syaits as. telah belayar pada hari Isnin untuk berniaga dan beliau mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaannya itu.
Perkara yang berlaku pada hari isnin ialah:
1. Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari isnin
2. Nabi Musa as. telah pergi ke bukit Thursina
3. Turun ayat tentang keESAan ALLAH SWT pada hari isnin
4. Rasulullah SAW telah dilahirkan pada hari isnin
5. Jibrail as. turun pertama kalinya menemui Rasulullah SAW pada hari isnin
6. Semua amalan Umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW pada hari isnin
7. Rasulullah SAW wafat pada hari isnin.
Rahsia kelabihan hari SELASA:
Anas bin Malik ra. meriwayatkan, ia berkata: "Rasulullah SAW ditanya tentang hari selasa, maka Rasulullah SAW menjawab hari selasa adalah hari berdarah. Sahabat bertanya lagi: " Mengapa demikian yang Rasulullah SAW? Rasulullah SAW menjawab: " Kerana pada hari itulah Siti Hawa haid dan putera Nabi Adam membunuh saudaranya sendiri"
Perkara yang berlaku pada hari selasa:
1. Pembunuhan Jurjais as.
2. Pembunuhan Yahya as.
3. Pembunuhan Zakaria as.
4. Pembunuhan Tukang sihit Fir'un
4. Pembunuhan Asiah Binti Muzahim, Isteri Fir'un
5. Pembunuhan Sahib Sapi Bani Israil
7. Pembunuhan Habil, putera Adam as.
Rahsia kelebihan Hari RABU:
Dari Ans bin Malik ra. ia berkata: "Rasulullah SAW telah ditanya tentang hari rabu. Baginda menjawab: " hari rabu adalah hari banyak terjadi nahas." Mereka bertanya lagi: "Mengapa demikian ya Rasulullah SAW?" Baginda menjawab: " Kerana pada hari itu ALLAH SWT telah mennggelamkan Fir'un dan kaumnya, Memusnahkan kaum Aad dan Tsamud dan kaum Saleh"
Perkara yang berlaku pada hari rabu:
1. Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung Hudhud
2. Qarun dimusnahkan dengan dibenamkan kedalam tanah
3. Fir'un dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam sungai Nil
4. Namruz dibinasakan dengan nyamuk
5. Kehancuran kaum Saleh
6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail as.
Kaum Hud dibinasakan dengan angin taufan.
Rahsia kelebihan hari KHAMIS:
Dari Anas bin Malik ra. ia berkata: "Rasulullah SAW telah ditanya sahabat tentang hari khamis, maka Rasulullah SAW bersabda: "Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Lalu ditanya kembali: "Mengapa demikian ya Rasulullah SAW? Baginda menjawab: "Kerana Nabi Inrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari tersebut, maka ia mendapatkan hajatnya dan NAbi Ibrahim diberi Siti Hajar"
Perkara yang berlaku pada hari Khamis:
1. Nabi Ibrahim as. menemui raja Mesir keluar pada hari khamis, maka beliau dapat Siti Hajar
2. Tukang memberi raja Mesir keluar pada hari khamis, maka ia mendapat kebebasan dari penjara
3. Saudara-saudara yusuf menemui Yusuf pada hari khamis, maka mereka mendapat kenikmatan
4. Bunyamin masuk ke Mesir pada hari khamis, maka ia berjumpa dengan abangnya Yusuf
5. Ya'kub as. masuk ke negeri Mesir pada hari khamis, maka beliau mendapat keamanan
6. Musa as. masuk ke Mesir pada hari khamis, maka beliau bertemu dengan Qibti
7. Nabi Muhammad SAW memasuki Kota Mekah pada hari khamis, maka baginda mendapat kemenangan
Rahsia kelebihan hari JUMAAT:
Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. ia berkata: "Rasulullah SAW ditanya tentang hari jumaat, Maka baginda menjawab: "Hari jumaat adalah hari siraturrahim dan pernikahan" Kemudian sahabat bertanya lagi: "Mengapa demikian ya Rasulullah SAW? Rasulullah SAW menjawab: "Kerana para Anbiya' pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut"
Perkara yang berlaku pada hari Jumaat:
1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Siti Hawa
2. Pernikahan antara Nabi Yusuf as. dengan Zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa dan Shafrawa
4. Pernikahan antara Nabi Sulaiman as. dengan Balqis.
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
6. Pernikahan atara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aisyah
7. Pernikahan antara Sayyidina Ali Abi Thalib dengan Fatimah
Rahsia kelebihan hari SABTU:
Dari Muslim bin Abdullah daripada Said bin Jubair daripada anas bin Malik ra. ia berkata: "Rasulullah SAW ditanya para sahabat tentang hari sabtu. Maka Rasulullah SAW menjawab: "Hari Sabtu adalah hari tipu daya. Para sahabat bertany lagi: " mengapa demikian ya Rasulullah SAW?" Baginda menjawab: "Kerana bangsa Quraisy telah melakukan tipu daya di Darunnadwah"
Perkara yang berlaku pada hari Sabtu:
1. Kaum Nuh melakukan tipu daya terhadap Nabi Nuh
2. Kaum Saleh melakukan tipu daya terhadap Nabi Saleh
3. Saudara-saudara Yusuf melakukan tipu daya terhadap Nabi Yusuf
4. Kamu Musa melakukan tipu daya terhadap Nabi Musa as.
5. Kaum Isa melakukan tipu daya terhadap Nabi Isa as.
6. Kaum Quraisy melakukan tipu daya terhadap Nabi Muhammad SAW
7. Kaum Bani Israil melakukan tipu daya atas larangan ALLAH SWT.
*Setiap hari ALLAH SWT menjadikan ianya sebagai peristiwa dan ianya akan menjadi pengajaran kepada kita semua. Pelbagai perkara yang berlaku dalam setiap hari tersebut memberikan seribu satu makna dan oanya terkesan kepada kita sehingga sekarang. Mungkin kita tidak sedar, setiap hari adalah sungguh istimewa dan perkara yang bakal,akan dan telah berlaku akan kita rakamkan menjadi kenangan terindah dalam hidup kita.....insyaALLAH
No comments:
Post a Comment