(selalunya berlaku masa bulan puasa)
Bila cakap pasal shopping...nafsu shopping muncul,
(Opkoss masa hari raya nafsu ni akan muncul)
Bila cakap pasal gaduh...nafsu marah akan menyerang,
(biasanya time "bunga raya" bagi wanita dan time "poket kosong" bagi lelaki)
Bila cakap pasal teknologi...nafsu nak berteknologi pun muncul,
(Handphone habis kredit pun tiba-tiba nak beli handphone baru..dusshhh!!)
Bila cakap pasal cinta..nafsu cinta pun mai,
(cinta halal VS cinta haram).
Banyakkan nafsu manusia ni? Itu baru sikit, belum
sentuh bab kereta, gadget, aksesori dan sebagainya. Semuanya nak beli. Tapi
beringat jugalah, tidak semestinya apa yang kita dapat itu dapat memuaskan
nafsu atau keinginan kita.
~Nikmat
memiliki jauh lebih baik dari nikmat dimiliki~
Tidak semua yang kita telah capai itu adalah
kebahagiaan yang kita cari. Ada juga yang telah mempunyai segala-galanya dalam
dunia ini tetapi masih belum menemui “KEBAHAGIAAN” yang diingini.
Dari Jabur r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di
masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu ALLAH
SWT akan menjadikan rumah itu bahagia” (Bukhari).
Cik penulis tertarik nak share bekenaan dengan
BILA NAFSU CINTA BERANTAKKAN. Kenapa cik penulis nak cerita pasal cinta pulak? Yela, mengikut
peredaran zaman, ramai golongan remaja sibuk asyik bercinta dari menelaah
pelajaran. Cik penulis bukannya apa, kadang-kadang tu kasihan tengok mak &
ayah mereka yang bersungguh-sungguh suruh anak-anaknya berjaya. Tapi Anak-anak, bersungguh-sungguh dalam percintaan? (Renungan bersama).
Dari pembacaan cerita-cerita yang kurang manis
yang cik penulis baca, kebanyakkannya anak melayu kita tersesat dan cenderung ke arah kemaksiatan
(Nauzubillah Min Zaliq). >Minta dijauhkan dari keluarga kita dengan perkara
sebegitu.<
Mengapa mereka sampai sanggup buat begitu? Inilah
akibat kalau cinta tidak difahami dengan betul
serta diberikan penafsiran yang silap oleh otak.Cinta dirasai melalui
perasaan dan kemudian difahami melalui otak. Lantas, barulah ia dapat dilalui
dan dinikmati dalam suasana yang betul. Andainya diberikan penafsiran yang
salah, inilah jadinya.
~Alangkah rapuhnya nafsu anda hingga gagal
dikawal dan sanggup mencipta malu?~
Nafsu boleh dikawal. Cinta boleh dicari. Cinta
adalah motivasi diri setiap insane sebab ia meledakkan kemahuan untuk merancang
masa depan dengan teliti, bersungguh mencari rezeki serta membesarkan
kesyukuran atas semua kurniaan ILAHI.
Jika cinta dinodai sebegitu dasyat oleh hawa
nafsu sendiri, apa lagi harta peribadi paling berharga milik anda yang tinggal???
~ Renungan bersama ~
* Cik penulis belum begitu mahir dalam ilmu agama,
masih mendalaminya..jadi sama-sama kita berkongsi dan menyelaminya..insyaALLAH..
~PEACE~
cik penulis.. nafsu shopping mmg sukar nak kawal... asal nampak jusco ngan GM jek nafsu tu datang membuak2 hohohoho
ReplyDeletetula pasal...xpayah nk tgu raya puasa, raya deepavali, raya cina,raya kismes sume nak shopping sakan...adehhh....harap bertahan nafsu shopping cik fiza yo....:) hehehe
ReplyDeletecik penulis.. senang je kalo nk tahan.. cik penulis kenalah belanje sy yg comel ni huahahahahah
ReplyDeletewahhh gitu...doakan cik penulis dimurahkan rezeki yo...:)
ReplyDelete