Thursday, 15 December 2011

Tertutup Itu Indah

Kadang kala perkara yang remeh kita tidak memberi peluang untuk diri kita berfikir sejenak....

Adakah ianya baik atau pun buruk?
Adakah ianya halal atau haram?
Adakah ianya wajib atau makhruh?
Adakah ianya penting atau tidak?
Adakah ianya menyalahi hukum atau pun tidak?

Semua persoalan itu akan terjawab setelah kita mendalami dan memahami hukum hakam agama islam itu sendiri. Walaupun Si penulis Blog ini tidak seberapa arif dalam bidang agama, tapi saya cuba untuk mendalami nya...insyaALLAH. Dengan Bantuan dan tunjuk ajar kalian diluar sana, berkongsi pendapat dan informasi dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita..insyaALLAH.

Tertutup Itu Indah... :)

Seindah nama dan perwatakannya...
Seindah alunan gemersik suaranya...
Seindah gerak laku kesopanannya...
Seindah manis senyumannya...
Seindah sinar dimatanya...
Seindah keperibadian pada pakaiannya....
Seindah Wanita pada Auratnya...





Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka

Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

Ayat 30:


”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan"

Ayat 31:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Pelbagai cara kita sebagai umat islam dimuka bumi ALLAH SWT ini menyebarkan ilmu agama kepada makhluk Allah SWT. Dalam memberi nasihat juga, kita sebagai seorag muslim dan muslimat WAJIB memgajak dan menasihati saudara-saudara seislam kita dalam mendekatkan diri kita dengan ALLAH SWT.

Penulis tertarik dengan status yang telah dikongsi dengan rakan-rakan di laman sosial Facebo0k iaitu:
"Awk, awk, titew sygkn awk auw ! titew nk hidup ngn awk s0rg je awk ..
awk jgn tglkn titew eh ? titew dh jtuh ati ngn awk twu x ='=
tiap2 mlm lps titew s0lat titew sllu d0akn kbhgiaan titew ngn awk .
titew akn sllu jga awk k ? klu awk skit titew c0l parents awk su0h bwk g klnik ,
klu awk skit hati titew su0h awk sbaq byk-2 kn ? awk , titew twu awk skit hati ngn titew sbb titew sllu tgur awk kn ? ti...tew sllu nshat awk spaya pkai tudung kn ?
awk , titew bkn nk ubah cara idup awk skrg tp titew nk awk twu titew nk kawen ngn awk ^-^ nti bila dh kwen d0sa titew kurang ckit sbb kslah yg awk bt kn ?
awk pkai tdung k ? nti bila titew dh mati tak lar berat sgt azab yg titew kena" - IeyaYaya
"Wahai intan payung.......cantiknya awak......tutup la aurat tu....kan kena rebus dalam api neraka....jadi masak stim 18 rasa la awak nanti...." - Naqib Hassim
"0klah....ada orang marah apabila saya umpamakan orang x tutup aurat seperti lembu.....sebab lembu x tutup aurat...walhal saya bukan kata....DIA tu LEMBU....saya kata umpama...umpama x bermakna...."SAMA"....okla....saya tukarlah ayat....orang x tutup aurat adalah seperti "bintang"......"BINTANG"...tak sama dengan "BINATANG".......kalau panggil BINTANG pom xnak tutup aurat,....tak tahulah nak habaq mai lagu mana lagi nooo" - Naqib Hassim
* Peringatan Untuk Diri Sendiri juga...mari sama-sama kita beramal kawan-kawan...:)

No comments:

Post a Comment