~Sebenarnya Tidak Sukar Untuk Bertemu Jodoh, Yang Payah Ialah Membina Keserasian Jodoh~
(Dr.HM Tuah Iskandar al-haj)
Bagi pembaca budiman sekalian, ada diantara kamu yang sudah mendirikan rumahtangga, bakal berkahwin, bertunang, bakal menimang cahaya mata dan bakal bertemu insan yang menyayangi kita.
Penulis, garapkan artikal ini berkenaan dengan "JODOH". Kadang kala isu berkaitan dengan jodoh ini menjadi agak sensitif di masa sekarang. Yela, ada diantara kita masih tercari-cari dan masih mengenali hati budi seseorang untuk menjadikan teman hidup mereka. Jangan gusar. Jangan Khuatir dan Jangan panik.
Kalau Di Lahul Mahfudz, Tarikh, Hari, Masa dan situasi telah tertulis disana, maka ianya pasti akan berlaku. Jadi kita, yang masih menantikan hari kebahagiaan itu selalulah berdoa dan menyiapkan diri kita untuk menjadi isteri solehah dan suami yang soleh kelak. Perkahwinan bukan perkara main-main. Ianya satu tanggungjawab yang berat tapi kita akan merasai kenikmatan kalau ianya kerana ALLAH SWT.
Jadi, Sekiranya "JODOH" antara kita sudah sampai, Jangan panik, kita kena tabah sebab ianya PASTI!. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal, semoga Jodoh yang ALLAH SWT temukan untuk kita adalah yang terbaik untuk diri kita daripada yang sebelumnya. Ingatlah, ALLAH SWT Maha Adil dan DIA menjanjikan yang terbaik untuk kita. Istiqamahlah kepadaNYA.
Rasulullah SAW bersabda:
"Tanda cintakan ALLAH SWT ialah mengingati ALLAH SWT (Zikrullah) dan tanda ALLAH SWT murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati ALLAH SWT."
Bila Jodoh depan mata, otak & akal akan bersatu. Ligat berputar memikirkan tentang:
1. Betul ke dia jodoh aku?
2. Okey ke dia ni untuk aku?
3. Keluarga dia restu ke hubungan kami?
4. Dia kerja apa?
5. Mampukah dia jaga dan lindung aku?
6. Dia dari keluarga yang baik-baik atau sebaliknya?
7. Keluarga dia boleh terima aku ke?
8. Dia boleh masak ke untuk aku hari-hari?
9. Dia boleh gerakkan aku solat dan pergi kerja tiap-tiap pagi ke?
10. Dia boleh bimbing aku dalam soal agama ke?
Banyak persoalan yang berlegar-legar dalam otak kita apabila "jodoh" berada didepan mata.
(Kenapa susah sangat nak fikir, pilih jela...dah sesuai dah tu..janji dapat kahwin..takdalah malu dgn kawan-kawan....) **Itulah kalau fikiran dah cetek, Kita kan ada BODYGUARD...Mohonlah pada DIA....minta pertunjuk dari yang Maha Berkuasa-ALLAH SWT.
Solat Isthikarah, jika kita dalam keraguan atau dalam dilema. Mintak pertunjuk dariNYA dan berdoa agar segala urusan berkenaan dengna jodoh kita akan termakbul olehNYA. ALLAH SWT akan tepati janjiNYA pada MakhlukNYA tapi BILA?? Semua Rahsia ALLAH SWT.... :) Ingatlah DIA sentiasa.
*Bila Jodoh Sudah Mai, jangan panik ye kawan-kawan...ALLAH SWT ada disamping kita sentiasa...:) Kalau dah confirm jangan lupa jemput cik penulis ye...happy always...
No comments:
Post a Comment